CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Sabtu, 7 Januari 2012

ikhtilat...Ikhwan...Akhowat...

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan ajnabi.Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah di dalam Islam.Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.


Tambahan kemajuan era teknologi sekarang,ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger,SMS, email dan friendster.Jarak yang jauh didekatkan,masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan dengan kos perhubungan.Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi.Maka tenggelamlah konsep  "kerja adalah kerja,peribadi adalah peribadi ".  Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja.Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat islam,maka timbullah konsep SYADID.Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudahkan syariat islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya?Bercakap,berurusan ,berjumpa atas keperluan.Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangannya demi menjaga maruah dirinya?Dalam Al Quran ada menyebut: "katakanlah kepada lelaki dari orang yang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan dari orang yang beriman supaya menahan penglihatan dan menjaga kehormatan mereka".(An nur:31).

Apabila rijal dan nisa berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah : ( tiada menyendiri seorang lelaki dan perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga).Ada menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita.Malas nak tunggu rakan.Malas itu,malas ini.Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al Quran?Tegarkah kita melawan syariatNya?

Jom kita kongsi tip-tip bagaimana berurusan dengan bukan mahram:-

1.Elakkan berhubungan dengan berlainan jantina.Kalau ada peluang untuk minta bantuan daripada sahabat perempuan,mintalah tolong daripada mereka..Berhubungan untuk keperluan bagi berlainan jantina diharuskan sekiranya masih dalam batasan syara'.

2.Ringkaskan dan padatkan ayat.Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram,gunalah perantaraan berbentuk tulisan seperti nota,sms dan sebagainya.Tak perlulah meletakkan ikon senyum dan gelak ketawa yang sememangnya comel dan mesra.Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon,jagalah suara terutama nisa' sebagaimana tuntutan syariat ,
"Wahai isteri2 nabi,kamu bukanlah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa.Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

3.Tundukkan hati.Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaan Allah.Banyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah.Minta daripadaNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4.Tundukkan pandangan.Jangan tertipu dengan kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to".Melainkan dengan kaum sejenis ia teramatlah disarankan demi membina ukhuwah yang kukuh.Berwaspadalah dengan konsep "dari mata turun ke hati".Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga terlanggar tiang.

5.Mempercepatkan urusan.Apabila ada urusan,segerakanlah kerja.Tak perlulah sampai hendak kongsi hal peribadi,luahan hati,gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita.Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya.Peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan banyak melakukan kesilapan serta kekurangan,serta buat sahabat-sahabat islam yang dikasihi..


0 ulasan: