CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Khamis, 29 September 2011

AL TAUHID

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,segala pujian ana panjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian alam yang menghidupkan ana sebelum adanya ana di dunia ini yang mana dapat lagi ana menukilkan sedikit perkongsian ilmu kepada sahabat2 yang sering mengikuti blog ana ini..Moga perkongsian yang sedikit ini dirahmati dan diredhai Allah azza wajalla..amin ya rabbal alamin..


Rasanya dah banyak perkongsian ana mengenai kelebihan ilmu tapi hari ini ana masih ingin memulakan kalam ana mengenai kelebihan ilmu..Sesungguhnya malaikat adalah antara makhluk yang paling banyak diciptakan oleh Allah,makhluk yang diciptakan tanpa ada nafsu untuk makan,minum,berkahwin dan sebagainya.Berbeza dengan manusia yang mempunyai nafsu yang mana kalau tidak dilawan,menjadikan manusia itu hina disisi Allah azza wajalla.Malaikat diciptakan tanpa ada (khowatir) lintasan untuk berbuat maksiat kepada Allah dan setiap hari golongan malaikat berterbangan mencari majlis ilmu.Sesungguhnya Allah juga ada berfirman kepada malaikat bahawa sesungguhnya aku ( Allah) telah mengampunkan dosa si fulan yang berada di majlis ilmu (demikian2)..Ayuh sahabat2,mulai hari ini kita berazam untuk penuhi dada kita dengan ilmu terutamanya ilmu dhoruri yang wajib ke atas setiap mukallaf.



Demikianlah sedikit galakan daripada ana yang faqir kepada sahabat2 sekalian dalam usaha mencari redha Allah di bumi ini sebelum kita dikembalikan kepada darul akhirat yang kekal selama-lamanya.Oklah,masuk kita pula kepada perkongsian ilmu ana mengenai ilmu akidah ataupun dikenali dengan ilmu tauhid.Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah tauhid? tauhid adalah (ifradul qodim minal muhdas) iaitu mengEsakan Allah yang bersifat qodim (sediakala) daripada sifat makhluk..Sifat sediakala Allah ini adalah azali dan tidak akan berubah  kerana sifat berubah ( altaghoyur) adalah sifat bagi makhlukNya..ini kerana Allah adalah tidak serupa dengan makhluk sebagaimana dalam firmannya (laisa kamislihi syai  wahuwa sami'ul basir) yang bermaksud bahawa tiada yang serupa dengan Allah yang bersifat dengan sifat maha mendengar lagi maha melihat).

Antara surah yang menjelaskan tentang ketauhidan Allah adalah surah al ikhlas yang mempunyai 4 ayat..diceritakan bahawa wali besar nusantara iaitu allahyarham Tok Kenali sentiasa melazimi surah ikhlas kerana ia adalah seafdhol-afdhol surah kerana ia menjelaskan secara jelas akidah orang islam yang berbeza dengan orang kafir.

Ayat pertama surah ikhlas menyatakan bahawa (katakanlah wahai Muhammad,ALLAH ESA).Apabila dikatakan ESA maka ia membawa maksud Tunggal.Telah berkata Imam Abu Hanifah tentang keEsaan Allah,sesungguhnya Allah tunggal bukan dari segi bilangan akan tetapi ketunggalan Allah adalah dari sudut tiada sekutu bagiNya.

Ayat kedua surah al ikhlas pula membawa maksud ( Allah tempat bergantung bagi makhlukNya).Tempat di sini bukan bukan membawa makna bahawa Allah bertempat akan tetapi membawa makna bahawa Allah tidak berhajat kepada sesuatu,setiap makhluk berhajat kepadanya dan hanya kepada Allah tempat makhluk memohon pertolongan.Zaman ini kita sering dimomokkan dengan pelbagai persoalan akidah yang menjadi kecelaruan kepada semua umat islam sehinggakan terjadi perpecahan dalam kalangan  umat..Sesungguhnya jalan yang terbaik dalam mencari penyelesaian ini adalah dengan kembali kepada Alquran,hadis serta ijma; ulama yang muktabar (ulama 4 mazhab).Ada yang mempersoalkan mengenai keadilan Allah dengan bertanyakan soalan2 yang dalam tidak sedar boleh membawa kepada terkeluar dari agama islam,nauzubillah..Mereka bertanya di manakah letaknya keadilan Allah apabila menciptakan orang mukmin akan kekal di dalam syurga sedangkan orang kafir kekal padanya di dalam neraka Allah?Apa yang kita nak jawab pada golongan yang bertanya sebegini kepada kita? Jawapannya sangat mudah sekiranya kita belajar mengenai sifat 20..kita tanya kembali kepadanya,adakah kamu percaya Allah maha berkuasa?Sudah pasti dia akan menjawab ya.Sekiranya kamu percaya bahawa Allah maha berkuasa ke atas sekalian makhlukNya,maka Allah juga maha berkuasa mentakdirkan sesuatu kepada makhluknya sama ada takdir itu baik bagi makhluknya ataupun tidak..SubhanaAllah..MAHA SUCI ALLAH DARI BERSIFAT DENGAN SEGALA KEKURANGAN..sebagaimana kata ulama :penciptaan 2 perkara yang berlawanan merupakan dalil kesempurnaan kuasa Allah..jika sekiranya Allah menjadikan semua makhluknya sama,tidak akan ada yang dapat membezakan 2 perkara sama ada ia baik atau tidak..contohnya sekiranya Allah menciptakan semua warna di dunia putih,maka kita tidak akan dapat mencari perbezaan diantara warna hitam dan putih..Wallahu taala ;ala waa'llam..



Ayat ketiga dalm surah al ikhlas pula membawa maksud bahawa ( ALLAH tidak beranak dan diperanakkan)..ayat ini jelas menafikan Allah sama seperti makhluknya..Secara logik akal pun kita dapat fikir,adakah sama pencipta dengan kita?sudah pasti ianya jauh berbeza kerana wajib pada akal pencipta jauh lebih hebat daripada benda yang diciptakan(makhluk).Ayat ini juga jelas menyatakan sifat Allah yang tidak ada permulaan dan pengakhiran bagi kewujudanNya..Ini kerana apabila terhasil sesuatu daripada makhluk,maka ia dinamakan dengan makhluk..contohnya ibu melahirkan bayi,maka bayi itu adalah makhluk,adapun Allah tidak sedemikian..Ini kerana tidak akan terpisah daripada zat Allah akan sesuatu.Adapun kehidupan kita diapit dengan 2 ketiadaan iaitu sebelum dilahirkan ke dunia ini dan selepas kematian kita dan ia jelas menunjukkan bahawa hidup kita ada permulaan dan pengakhiran,bermulanya hidup kita saat roh ditiupkan sewaktu berada di dalam janin ibu,adapun saat pengakhiran bagi hidup kita adalah setelah tercabutnya roh dari jasad.Adapun Allah bersifat dengan sifat al baqa; iaitu berkekalan(tidak berubah).


Dan ayat terakhir surah ikhlas membawa maksud bahawa tiada sesuatu pun sebanding dengan Allah..Ayat ini jelas membezakan Allah dengan makhluk.Allah menciptakan malaikat akan tetapi Allah tidak sama dengan malaikat.Allah menciptakan manusia akan tetapi Allah tidak serupa dengan manusia.

Setakat ini dulu perkongsian ana pada post kali ini,sebelum berundur,ingin ana nasihatkan kepada sahabat2 sekalian carilah ilmu kerana ilmu yang akan menjaga kita,maksudnya apabila terjadi perselisihan maka kita dapat membenteng diri kita daripada terpengaruh dengan pendapat atau qaul yang tidak rojih yang bukan berdasarkan alquran,hadis,serta ijma; ulama yang muktabar..sebagaimana kata-kata saidina Ali karamallahu wajhah kenalilah kebenaran nescaya kamu akan mengenali ahli-ahlinya..tuntutlah ilmu yang sohih yakni ilmu ulama yang terdahulu yang diyakini sebagaimana hadis rasulullah sollahualiahiwassalam :sebaik-baik kurun adalah kurunku dan selepasnya(sahabat) dan selepasnya(tabiin)..wallahu taala a'lam..sama-sama kita renung2kan..(^^,)

Khamis, 15 September 2011

Buat MUROBBI yang amat kucintai kerana ALLAH

Alhamdulillah,setelah hampir 4 bulan ana menghabiskan cuti semester ana,baru ni lah kesempatan yang dapat ana ambil untuk mencoretkan sesuatu pada bolg kesayangan ana ini..insyaAllah,ingin ana manfaatkan spenuhnya ruangan blog ini untuk perkongsian ilmu dan pengalaman..Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang 4bulan ana menghabiskan masa di kampung bersama keluarga tercinta..sesungguhnya kerinduan pada keluarga dan murobbiku amat dirasai..Ya Allah,aku sangat mencintai murobbiku keranaMu,cintailah murobbiku,bantulah dia dalam mentadbir urusan agamaMu,sesungguhnya beliau telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku serta keluargaku,jauhilah dia dari segala fitnah yang cuba dilakukan oleh musuh agamaMu,berilah kekuatan,petunjuk kepada murobbi kesayanganku ini kerana dengan wasilah yang diajarkan olehnya menjadikan diriku makin ingin mendalami agamaMu ini.Amin ya rabbal Alamin..InsyaAllah,perkongsian ilmu daripada murobbi akan ana postkan pada post yang akan datang,moga ilmu yang dikongsi dapat juga memberi saham kepada ana di akhirat kelak..lillahitaala..AMIN YA RABBAL ALAMIN..