CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Rabu, 11 Januari 2012

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
...
Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Selasa, 10 Januari 2012

Mari Mencintai Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

ITULAH DIA RASULLULLAH

‘Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya terhadap baginda dengan anda semua.

Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang bila sirahnya dibentangkan di hadapan saya, saya bergetar. Baginda adalah yang saya amat sayang.

Walaupun saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.
 

Kelebihan baginda yang tertinggi – akhlak

Bagi manusia, aset terbesarnya adalah syakhsiah dirinya. Rasulullah SAW, asetnya ini berjaya dikuasai. Hasil daripada tarbiyah langsung oleh Allah SWT, baginda mempunyai akhlak yang sangat bersih.

Saidatina Aisyah pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah menjawab: “Akhlaknya seperti Al-Quran

Baginda adalah pembumian Islam. Baginda adalah bukti daripada Allah SWT bahawa Islam itu mampu dilaksanakan. Dan kalau ada orang berkata: “Boleh lah, dia Nabi”, saya akan berkata: “Maka lihatlah Abu Bakr, lihatlah Umar. Mereka ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Bukankah mereka manusia biasa?”

Baginda Rasulullah SAW sangat merendah diri. Walaupun dia Rasul, dia langsung tidak membesarkan dirinya. Hatta apabila dia diseksa di Taif dan Allah menghantar malaikat untuk menghukum penyeksanya, dia meminta Allah melepaskan mereka.

Moga nanti, dari tulang sulbi mereka, muncul manusia yang beriman” Itu bicara baginda.

Saat baginda diizinkan Allah SWT untuk mengucup kemenangan besar pada Fathu Makkah, baginda tidak memasuki Tanah Haram itu dengan mendabik dada megah. Tetapi baginda menunduk, bertasbih memuji-muji Allah SWT dengan penuh rasa kerdil. Hingga diriwayatkan bahawa, dagunya hampir menyentuh tubub Qaswa, unta tunggangannya.
Baginda sangat rapat dengan anak-anak. Baginda juga mencintai orang miskin dan anak yatim.

Baginda pernah merapatkan jari telunjuknya dan jari hantunya, kemudian baginda bersabda: “Aku dengan anak yatim, adalah seperti ini

Bukan pendendam

Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:

Pada pemikiran kamu, apakah yang akan aku lakukan?”

Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja

Rasulullah SAW tersenyum. “Kamu semua bebas

Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula dia mencari personal-personal yang telah menyusahkan jalan dakwanya. Tidak. Tetapi dia memaafkan.

Sangat amanah

Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda, Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.

Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka. Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy, untuk Rasulullah SAW menjaganya.

Dia Suami Romantik, Bapa Penyayang, Sahabat terbaik

Rasulullah SAW tanpa segan, senang bermain lumba lari dengan Aisyah RH. Pernah juga sekali, semasa ada pertunjukan, dan Aisyah ingin melihatnya, Rasulullah SAW meletakkan dagu Aisyah pada bahunya.

Rasulullah SAW juga adalah bapa yang sangat penyayang. Dia amat menyayangi Fatimah. Diriwayatkan bahawa, setiap kali dia bertemu Fatimah, dia akan mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.

Rasulullah SAW juga sahabat yang terbaik. Ketika Abu Bakr RA menawarkan untanya semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW tidak mahu menerianya kecuali dengan bayaran. Rasulullah SAW juga tidak segan memberitahu kasih baginda kepada sesiapa yang baginda cintai.

Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling kau cintai?”

Tanpa ragu, Rasulullah SAW menjawab: “Aisyah

Dari kalangan lelaki?

Ayahnya(Yakni Abu Bakr)”

Baginda juga pernah besabda: “Andai aku boleh memilih kekasih lain selain Allah, maka aku akan memilih Abu Bakr menjadi kekasihku.”

Sangat tabah

Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim, menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang. Waktu siangnya teramat sibuk.

Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.

Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang telah lepas dan yang akan datang”

Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Macam mana agaknya, seorang manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun dan menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?

MasyaAllah.’

Catatan di atas adalah secebis lakaran
Hilal Asyraf dalam lamannya berkenaan Baginda Nabi yang saya kutip dan lampirkannya di sini untuk tatapan kita bersama.

MARI MENGENANG BAGINDA BANYAK-BANYAK



Mengingatkan baginda nabi,hati saya menjadi sayu.Adakah saya dapat bersama baginda nanti?

Adakah baginda akan menerima saya yang pada masa yang ketika itu semua manusia lain terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?

Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala kita memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?

Adakah baginda sanggup memandang wajah-wajah kita yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.

Hidup baginda penuh dengan suri teladan yang baik.Sirah baginda adalah sejarah terulung yang tiada bandingannya.

Baginda berjuang menyemai cahaya Islam ke dalam hati para sahabat yang pada masa itu seluruh kehidupan mereka disurami kegelapan jahiliyyah.Dan mengubah mereka menjadi generasi terbaik yang pernah diketahui.

Kalau bercerita berkenaan baginda Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.

Sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.

Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peribadi baginda terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.

MasyaAllah.

Adakah kita sudah benar-benar mengenali baginda?

Jika belum, maka selaklah sirah baginda.

Sesungguhnya kita akan jatuh cinta dengannya.

Saya memohon ampun daripada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dalam catatan ini saya tidak mampu membawa makna yang sebenar tentang ketinggian dan kemuliaan peribadi baginda.

Diri saya yang serba hina ini sangat tidak layak untuk berbicara berkenaan baginda,namun saya tidak mahu melepaskan peluang daripada menyebutkan kepada diri dan kepada anda supaya kita sama-sama memperbanyakkan diri mengenang baginda yang ketika berhadapan sakaratul maut masih mengingati kita,ummatnya ini.

Justeru,untuk kesekian kalinya saya mengajak,

Marilah kita mengenang dan mencintai baginda.


Supaya dengan kecintaan itu mendekatkan kita kepada baginda yang mulia.

Dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: Rasulullah bersabda: Seseorang itu bersama orang yang ia cintai. (Muttafaqun 'alaihi)

Pokok Pun Cintakan Nabi,Kita Macam Mana?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Hari ini Hari Jumaat.

Pagi ini pagi Jumaat.Petang ini pun petang Jumaat.
Dalam salah satu untaian kata-kata ulama,mereka menyebutkan celakalah orang-orang yang apabila datang kepadanya hari Jumaat,dia masih bertanya,hari ini hari apa?

Supaya mudah difahami,ana sebutkan bahawa para ulama kita berkata demikian kerana hendak memperingatkan kepada kita bahawa kemulian hari Jumaat,yang digelar penghulu segala hari ini melebihi kemuliaan mana-mana hari lain yang biasa kita lalui.

Dengan segala kemuliaan yang ada di dalamnya,Jumaat diangkat menjadi perayaan mingguan bagi sekalian muslim.Malah ulama berpendapat lebih mulia dari hari raya yang dua.

Hari ini yang barangsiapa berselawat ke atas nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam padanya,maka selawatnya itu disampaikan terus kepada baginda.Dan baginda tentu sahaja berbangga dengan umatnya yang banyak berselawat kepada baginda.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku", yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)

 Ana selalu lupa,guru ana pernah pesan tentang ini.Jadi di sini ana suka hendak kongsikan dengan semua pesanan guru ana ni.

Kata beliau,hari Jumaat ni usahakan kita tak terjebak dengan maksiat kepada Allah.Buat kebaikan sahaja hari ini.

Kemudian,hari Jumaat ini juga,pastikan selawat kita kepada baginda nabi tak kurang seribu kali. Selawat pendek dah cukup. Allahhumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sallam.

Ringkas saja.15 minit dah habis.Tak percaya cuba buat.

Kerinduan Pokok
 

Sebenarnya semua makhluk lain,selain manusia sangatlah menumpahkan kecintaan mereka kepada baginda nabi.Sedangkan kita,manusia yang selalu berasa hebat dan megah apabila diberi gelaran khalifah ini jauh sekali dari mengingati baginda.

Hadis daripada Anaz bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di MaSjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan minbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”


Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:


Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.”

Hadis riwayat Bukhari – sahih


Kita,Apa Yang Kita Buat Sebenarnya?

Dalam hidup kita,yang kita asyik fikirkan adalah apa sebenarnya?
Ana teringin sangat nak tanya soalan ini kepada orang-orang yang selalu sangat sibuk daripada ingat akan nabi kita yang mulia.Termasuk diri ana.

24 jam sehari kita ada,banyak mana kita khaskan masa kita untuk baginda?

Sejam? Dua jam? Atau kurang?

Agak-agak cukupkah kita hendak bersama baginda di akhirat nanti?

Mungkin nak lalui ujian di dunia sahaja kita dah gagal.

Allah Ta'ala berfirman: " Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (Al-Ahzab:56)

adakah kita mengenali Rasulullah?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Apakah kamu mengenali baginda?


Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal menyambut dengan pelbagai sambutan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru sibuk berselawat. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan majlis keagamaan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru pergi ke masjid-masjid. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan rancangan berbentuk kerohanian. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal, baru hendak mengingati baginda dengan alasan kecintaan.

Saya ingin bertanya.

Apakah kamu mengenali baginda?

Apakah kamu mampu mempertahankan baginda dengan baik apabila baginda dihina?

Apakah kamu mampu membuktikan baginda itu susuk termulia di atas dunia ini bila dia dikeji?

Apa yang telah kamu lakukan pada sunnah baginda? Apakah daripada baginda yang kamu bawa dalam kehidupan?

Kamu bising mengetahui apa yang pasangan kamu suka, kamu tahu apa yang selebriti kamu cinta, kamu tahu apa yang silibus peperiksaan mahu, kamu tahu apa yang pensyarah kamu senangi, tetapi apakah kamu mengetahui apakah yang baginda Rasulullah SAW kehendaki?

Kamu bising hendak tahu apa yang boss kamu benci, kamu mesti hendak tahu apa yang guru kamu larang, kamu mesti hendak tahu apa yang pasangan kamu tidak senangi, kamu mesti hendak tahu apakah cara menjawab yang perlu dihindari, tetapi tahukah kamu apakah yang baginda Rasulullah SAW hendak kita sisihi?

Sampai ke tahap mana kamu mengenali baginda?

Sekadar tahu 12 RabiulAwwal?

Heh. Tidak hairanlah kita ini hanya Islam omongan sahaja.


Baginda mencintai kita

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Baginda merindui kita. Apakah kita merindui baginda?

Rasulullah SAW pada saat nazak, bertanya kepada Jibril AS,

“Wahai Jibril, apakah yang telah Allah sediakan untuk ummatku?”

Tidak baginda bertanya apakah Allah telah sediakan untuknya, apakah balasan Allah untuk segala pengorbanannya, apakah bentuk nikmat akan dia perolehi di syurga sana. Tetapi saat-saat akhir hayatnya, baginda bertanyakan keadaan kita.

“Ummati, ummati, ummati…” Itulah yang baginda sebutkan saat-saat hendak berpisah dengan dunia fana ini. Kita mengetahui bahawa, kematian itu sakitnya ibarat ditusuk 3000 pedang. Rasulullah SAW sendiri menyatakan dalam satu sabdanya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sakarat itu sangat menyakitkan”

Tetapi pada saat itu, kita yang disebutkan baginda.

Apakah yang telah kita lakukan dengan kecintaan baginda ini?




Di akhirat nanti


Saat kesukaran yang teramat sangat. Saat matahari hanya berjarak sejengkal. Saat manusia semua tunggang langgang, kucar kacir dan kelam kabut. Saat terbukanya hijab alam ghaib di mata manusia. Saat yang amat menakutkan.

Ketika ini ummat manusia bergerak dari nabi ke nabi, rasul ke rasul memohon perlindungan. Nabi Adam tidak menerima. Nabi Ibrahim juga tidak menerima. Nabi Musa juga tidak menerima. Nabi Isa juga tidak menerima. Semua berkata: “Aku tidak pernah melihat Allah murka seperti hari ini, sesungguhnya Dia tidak pernah murka sebegini, dan mustahil untuk Dia murka seperti ini selepas hari ini. Hari ini aku aku, dan kalian dengan urusan kalian sendiri”

Tetapi, akan ada satu suara yang memanggil.

“Ummati, ummati, ummati”

Di tengah kedasyatan hari perhitungan itu, baginda muncul dinaungi awan. Menyelamatkan ummat baginda. Kisah akan perihal ummat baginda. Sedia memberikan syafaat pada ummat baginda.

Hingga sampai tahap, menangis bila melihat ummat baginda memasuki neraka.

Rasulullah SAW akan melihat nanti ada ummat baginda yang tidak menyahut seruan baginda, tetapi dibawa oleh malaikat-malaikat penjaga neraka. Maka baginda akan resah dan bertanya kepada Jibril:

“Wahai Jibril, itu ummatku. Kenapa mereka tidak bersamaku hari ini?”

Jibril akan menjawab: “Sesungguhnya, kau tidak mengetahui apakah yang mereka lakukan sepeninggalan kau”

Menangis baginda dengan tangisan kesedihan ketika itu.

Apakah kita yang akan menjadi penyebab tangisan baginda nanti?


Penutup: Sejauh mana cinta kita kepada baginda?


Sejauh mana?

Tidakkah kita malu dengan susuk tubuh yang mulia ini?

Sejauh mana cinta kita kepada baginda?

Lihatlah hari-hari kita? Bagaimana kita laluinya? Bagaimana kita isi kehidupan kita? Apakah dengan ajaran baginda, atau dengan ajaran manusia-manusia yang memushi baginda?

Kita berarak, membawa sepanduk, menonton televisyen rancangan maulid, tetapi bagaimana kehidupan kita sehari-hari?

Kita pergi usrah, pergi kuliah agama, hafal sirah Rasul, belajar kuliah syariah, tetapi bagaimana pembumian amalan kita?

Kita rasa berat untuk dicucuk jarum atas perjuangan menjaga agama Allah SWT. Baginda telah berikat perut, memerah keringat, tertumpah darah dalam perjuangan ini.

Apakah yang telah kita balas terhadap pengorbanan baginda?

Tidakkah kita ada rasa hendak berterima kasih kepada susuk mulia ini? Tubuh suci yang telah sakit disebabkan hendak menyampaikan iman kepada kita? Tubuh suci yang telah dilukakan musuh kerana hendak menyampaikan Islam kepada kita? Tubuh suci yang telah diburu kerana hendak menyampaikan amanah Allah kepada kita? Tubuh suci yang telah berlapar kerana hendakkan kita merasai nikmat kehidupan yang sebenar.

Kita, baru diajak meninggalkan couple, sudah bising satu dunia. Baru diajak menutup aurat, sudah rasa macam hendak kiamat. Baru diajak meninggalkan kata mencarut, sudah rasa macam hendak mati.

Ummat jenis apakah kita ini?

Berbanding terluka dengan orang kafir yang melukis karikatur Rasulullah, yang menghina Rasulullah, saya lebih terluka dengan ummat Islam yang meninggalkan ajaran Rasulullah SAW.

Isnin, 9 Januari 2012

ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun. 
Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. 
Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih. 
Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka. 
Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.  
Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia. 
Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita. 
Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.  
Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah Sollahualaihi wassalam

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita.Ayuh sahabat-sahabat,kita penuhi hati kita dengan cinta kepada habibina RASULULLAH.Penuhi hati kita dengan cinta kepada baginda lebih menenangkan hati berbanding mencintai seseorang yang bukan milik kita.Uhibbuka ya Rasulallah..


ANTARA SABAR DAN MENGELUH

 Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. 
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. 
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Ahad, 8 Januari 2012

tazkirah-nasihat yang baik

tazkirah ini diambil daripada ustazah ana di dalam facebooknya:

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Al-Khaththabi berkata :

"Nasihat adalah sebuah perkataan yang bersifat merangkumi dan menghimpun banyak erti, maknanya adalah: mendatangkan kebaikan kepada pihak yang dinasihati".

Sesungguhnya memberikan nasihat kepada kaum muslimin samada berupa bimbingan kepada kebenaran yang nyata atau pun peringatan dari kebatilan dan para pelakunya, termasuk sebahagian dari agama.

Rasulullah saw bersabda :

"Agama adalah nasihat", para sahabat bertanya: "Untuk siapa?". Rasulullah saw. bersabda: "Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin, dan kaum muslimin secara umum". (HR Bukhari, Muslim dan ahli hadits lainnya)

Tidak diragukan lagi bahwa manusia berpotensi untuk berbuat salah dan cenderung menyimpang dari ‘Al-Haq’ (kebenaran).

Disebutkan dalam sebuah hadits :

"Semua anak keturunan adam berbuat salah, dan sebaik-baik mereka yang berbuat salah adalah yang paling banyak bertaubat". (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Termasuk hak seorang muslim atas muslim lainnya adalah hendaklah ia menunjukkan kepada saudaranya tentang aib dan kesalahannya, dan hendaklah ia menasihatinya dalam perkara dan urusannya tetapi, nasihat itu hendaklah dilakukan dengan lembut dan hikmah.

Hendaklah seorang muslim berhati-hati, jangan sampai menghina saudaranya dan menuduhnya hanya berdasarkan kepada sekadar persangkaan semata-mata kerana persangkaan itu adalah seburuk-buruk perbicaraan, dan cukuplah hal ini sebagai kejahatan.

Rasulullah saw bersabda :

"Cukuplah seseorang itu menjadi jahat ketika ia menghina saudaranya yang muslim" (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Jika kita ada mendengar seorang muslim tentang saudara muslim lainnya sesuatu yang tidak disukai, jangan segera membenarkan perkataan tentang saudaranya itu. Justeru kewajibannya adalah untuk melakukan "tatsabbut" (pengesahan) sehingga dirinya mendapatkan keyakinan tentangnya kerana kebanyakan manusia telah terbiasa menyebarluaskan keburukan secara batil dan ramai pula manusia yang "su’udzan" (buruk sangka) nya lebih cepat daripada "husnuzhan" (berbaik sangka) nya.

Oleh kerana itu :

1. Jangan membenarkan setiap perkataan, walaupun dirinya mendengarnya berulang kali sehingga dirinya mendengarnya dari yang menyaksikan secara langsung.
2. Jangan membenarkan orang yang menyaksikannya secara langsung sehingga dirinya memastikan kebenaran atas apa yang disaksikannya.
3. Jangan membenarkan orang yang telah membuktikan kesaksiannya sehingga dirinya memastikan kebersihannya dari pengaruh hawa nafsu.

Untuk inilah Allah swt memerintahkan kepada kita untuk menjauhi banyak persangkaan dan memandang sebahagian persangkaan itu sebagai dosa kerana"zhan" itu bertentangan dengan ilmu dan ia tidak memberi erti apa-apa terhadap kebenaran.

Allah swt. Berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain". (QS Al-Hujuraat: 12).

Firman Allah lagi :

"Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan, sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran". (QS An-Najm: 28)

Jika seseorang melihat suatu urusan atau sampai kepadanya tentang saudaranya suatu perkataan yang memiliki dua kemungkinan maknanya, maka, bawalah maksud perkataannya itu kepada maksud yang baik, kerana yang demikian ini :

a. Lebih sesuai dengan akhlak mulia.
b. Lebih mencerminkan ukhuwah yang bersih.

Umar bin Al-Khaththab ra meriwayatkan :

"Janganlah kamu menyangka satu perkataan yang keluar dari saudara mukmin mu kecuali kebaikan, sedangkan engkau mendapati kemungkinan maksud yang baik dari perkataannya" . (HR Ahmad)

Puteri dari Abdullah bin Muthi' berkata kepada suaminya Thalhah bin Abdul Rahman bin Auf ra. Di zamannya, Thalhah adalah orang Quraisy yang paling dermawan.

Isterinya berkata: "Saya tidak melihat satu kaum yang lebih buruk dari saudara-saudaramu! ".

Thalhah berkata kepada isterinya: "hush hush! Kenapa demikian?".

Isterinya menjawab: "Saya melihat mereka, kalau kamu sedang memiliki wang, mereka terus dekat kepadamu, dan jika kamu sedang tidak mempunyai apa-apa, mereka meninggalkanmu".

Maka Thalhah berkata kepada isterinya:

"Ini, demi Allah, adalah bukti bahwa mereka berakhlak mulia kerana :

1. Mereka datang kepada kita saat kita mampu memuliakan mereka.
2. Mereka meninggalkan kita saat kita tidak mampu memenuhi hak-hak mereka".

Cuba kita lihat, bagaimana Thalhah menta'wilkan perbuatan saudara-saudaranya terhadapnya, padahal perbuatan itu jelas buruk dan tidak kenal budi, namun demikian, ia memandangnya sebagai bentuk kesetiaan dan kemuliaan.

Jika seorang muslim melihat saudara muslim lainnya melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima alasannya atau tidak dapat ditafsirkan selainnya, maka menjadi kewajibannya untuk datang kepadanya bagi memberi nasihat secara rahsia, antara dirinya dan saudaranya saja, bukan di depan khalayak ramai sebab manusia tidak ingin aibnya diketahui oleh sesiapa pun.

Jika dirinya menasihati saudaranya secara rahsia, maka hal ini :


a. Lebih berpeluang untuk diterima.
b. Lebih menunjukkan keikhlasan.
c. Jauh dari syubhat.


Adapun jika dirinya menasihati saudaranya secara terbuka, di depan orang ramai, maka pada yang demikian itu :


1. Terdapat syubhat dendam.
2. Wujud unsur keburukan.
3. Seakan menonjolkan sisi kelebihan diri dan ilmu yang dimilikinya.


Oleh yang demikian, perkara itu merupakan penghalang yang boleh mencegah pihak yang dinasihati untuk mendengarkan nasihat serta mengambil pelajaran darinya.

Di antara akhlak Nabi saw dan adabnya dalam mengingkari kemungkaran dan memperjelaskan kebenaran adalah bahwa jika sampai kepada beliau tentang satu atau sekelompok orang yang melakukan kemungkaran, maka beliau tidak menyebutkan nama mereka secara terbuka, beliau hanya bersabda:"Kenapa ada orang yang berbuat begini dan begini", lalu orang yang dimaksud memahami bahwa dia lah yang dimaksudkan oleh nasihat itu. Dan hal ini termasuk cara memberi nasihat dan cara mentarbiyah yang paling tinggi.

Imam Syafi'i berkata :

"Siapa yang memberi ‘mauizhah’ (peringatan) kepada saudaranya secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi ‘mauizhah’ (peringatan) secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya"

Jadi, seorang mukmin yang memberi nasihat, ia tidak mempunyai tujuan untuk menghebohkan aib orang yang dinasihatinya.
Tujuannya tidak lain melainkan untuk menghilangkan kemaksiatan yang saudaranya terjatuh kepadanya, kerana ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Adapun menyiarkan dan menampakkan aib, maka perkara ini termasuk yang diharamkan oleh Allah swt dan RasulNya saw.

Allah swt berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (QS An-Nur : 19)

Jadi, ada perbezaan antara :


a. Orang yang bertujuan untuk menasihati.
b. Orang yang bertujuan membuka aib.


Yang mencampur adukkan di antara keduanya hanyalah orang yang tidak berakal sihat.

Hukuman bagi orang yang menyebar luaskan keburukan terhadap saudaranya yang beriman dan terus menerus mencari keaibannya serta membuka auratnya adalah Allah swt akan mencari-cari auratnya, lalu membukanya di khalayak umum walaupun setelah beberapa tempoh lamanya kecuali jika ia bertaubat.

Di antara petanda "ta'yir" (mencacatkan) dan "tasyhir" (mempopulerkan keaiban) adalah :


"Menampakkan dan menyiarkan keburukan dalam untaian nasihat."


Ia membuat akuan bahwa yang mendorongnya berbuat begitu adalah "tahdzir" (memberi peringatan) atas ucapan dan perbuatannya, dan Allah mengetahui bahwa maksudnya adalah "tahqir" (merendahkan) dan "adza" (menyakiti).

Contoh dalam perkara ini adalah seseorang mencela orang lain dan menunjukkan kekurangannya serta menampakkan aibnya supaya manusia lari darinya, namun maksudnya adalah keinginannya untuk menyakitinya kerana permusuhan dirinya terhadapnya atau kerana sebab-sebab tercela lainnya kerana dirinya tidak mampu mencapai tujuan ini kecuali dengan menampakkan celaan kepadanya samada kerana adanya sebab "deen" (agama) ataupun"duniawi” (dunia).

Maka, sesiapa yang melakukan perbuatan demikian, ini merupakan petanda adanya penyakit dalam hatinya, meskipun perkara ini berlaku dari orang yang bersumpah bahwa tidak ada tujuan lain kecuali kebaikan sedangkan Allah swt menjadi saksi bahwa mereka adalah orang-orang yang berbohong.

Sesiapa sahaja yang terkena bencana perbuatan ini, iaitu ketika ia dihina, dicacatkan, dinampakkan sisi kekurangannya, maka hendaklah ia bertakwa dan bersabar kerana kesudahannya pasti milik mereka yang bertakwa,

"Dan perancangan buruk itu tidak menghancurkan kecuali pelakunya". (QS Fathir : 43)

Ketahuilah bahwa sebahagian pemberi nasihat dan pengkritik dalam berbagai majlis dan begitu juga sebahagian penulis di dalam suratkhabar, majalah dan sebagainya terperosok dalam sebahagian kesalahan dan kekeliruan yang menyebabkan renggangnya hubungan, di mana :


1. "Nashihah" (memberi nasihat tanpa membuka aib) berubah menjadi "fadhihah" (membuka aib).
2. "Tadzkir" (memberi peringatan) berubah menjadi "tasyhir" (penyiaran keburukan).


Perlu diingat bahwa perkara ini bukanlah sesuatu yang diridhai oleh Islam.

Ibnu Rajab berkata :


“Ketahuilah bahwa menyebut manusia dengan sesuatu yang tidak disukainya adalah haram, jika maksudnya sekadar mencela, mencacatkan dan menampakkan kekurangannya. Adapun jika dalam hal ini terdapat kemaslahatan umum bagi kaum muslimin atau kemaslahatan khusus bagi sebahagian mereka dan maksudnya adalah menghasilkan kemaslahatan ini, maka hal ini tidaklah diharamkan, bahkan disunatkan.”

Hal ini telah ditetapkan oleh para ulama hadits dalam kitab mereka dalam pembahasan "al-jarh wat-ta'dil". Mereka menyebutkan perbezaan antara melakukan "tajrih" terhadap para perawi dan dengan "ghibah".


Mereka membantah orang-orang yang menyamakan di antaranya keduanya, samada yang menyamaratakan itu dari kalangan ahli ibadah mahupun dari kalangan lainnya dari orang-orang yang belum luas ilmunya dan tidak ada perbezaan antara orang yang diterima riwayatnya dari mereka yang yang tidak diterima.

Jika tujuannya adalah untuk memperjelaskan kebenaran, maka hal ini masuk dalam pengertian nasihat dan jika tujuannya adalah untuk menunjukkan kekurangan, menampakkan kebodohan dan kelemahannya dalam ilmu, maka hal ini adalah perbuatan haram, samada bantahan itu dilakukan dihadapan orang yang dibantah atau pun dilakukan di belakangnya, baik dilakukan semasa hidupnya mahupun dilakukan sepeninggalannya dan hal ini dijelaskan dalam hadits nabi saw :

"Wahai orang-orang yang beriman dengan mulutnya, sementara keimanan belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu melakukan"ghibah" terhadap kaum muslimin, dan jangan pula mencari-cari auratnya, kerana, siapa sahaja yang mencari-cari auratnya, maka Allah swt. akan mencari-cari auratnya, dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah swt, niscaya Dia akan membuka buku catatannya walaupun ia berada di dalam rumahnya" (HR. Abu Daud dan lainnya).

Adalah sangat bagus jika seseorang muslim menjadi benteng yang kukuh yang membela dan melindungi harga diri saudara muslimnya dan menjaga citranya, lebih-lebih lagi jika dihadapannya disebutkan keburukan saudaranya sesuatu yang tidak disukainya.
Rasulullah saw bersabda :

"Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, niscaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat". (HR At-Tirmidzi)

Oleh itu, hendaklah kita semua "tsiqah" terhadap saudara kita dan berhati tenteram kepadanya, dan janganlah kita men-ta'wilkan percakapannya kecuali dengan baik, selama percakapannya itu masih boleh ditafsirkan dengan baik, supaya kita berbahagia dalam urusan agama dan dunia kita dan supaya kita selamat pada hari kiamat,

"Iaitu hari di mana harta dan anak laki-laki tidak memberi manfaat, kecuali yang datang kepada Allah swt dengan hati yang selamat". (QS Asy-Syu'ara: 88 – 89)

Kita memohon kepada Allah swt agar Dia menyucikan hati kita dari :


1. Dengki.
2. Dendam.
3. Irihati.


Semoga Dia memberikan kepada kita :


a. Hati yang selamat.
b. Mulut yang jujur.
c. Ilmu yang bermanfaat.
d. Amal yang soleh.


“Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS Al-Hasyr : 10)


Ya Allah, jauhkanlah kami dari sikap suka mengintai-ngintai aurat dan kelemahan manusia. Kurniakanlah keikhlasan dalam kami melaksanakan tugas nasihat menasihati dan kami berlindung kepadaMu dari terjatuh ke dalam situasi di mana nasihat bertukar menjadi menyelak keaiban manusia dan pemberian peringatan menjadi penyiaran keburukan.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Sabtu, 7 Januari 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Riak Perosak Amal

Allah tidak mengukur amalan hambaNya berdasarkan kuantitinya tetapi berdasarkan kualitinya. Allah tidak menerima ibadat daripada seseorang yang beribadat bukan keranaNya, sebaliknya ibadat yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata masyarakat yang memandang.
"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka berwaspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?" - [Surah al-Munafiqun:4]
Berdasarkan ayat di atas, Allah menerangkan salah satu ciri orang-orang munafik. Mereka merupakan seorang yang hebat pada pandangan manusia tetapi tidak pada pandangan Allah. Mereka beribadat dan beramal soleh bukanlah untuk mendapat keredhaan Allah tetapi demi kepentingan sendiri.
Allah telah merakam perbuatan mereka dengan menurunkan surah al-Munafiqun kepada Rasulullah saw. supaya Baginda dan para sahabat berjaga-jaga dengan mereka dan menjauhi sikap mereka.
Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said dari Muhammad bin Ibrahim bin Al Harits At Taimi dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Abu Sa'id dia berkata;
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Akan keluar dari kalian suatu kaum, yang solat kalian tidak ada apa-apanya dibanding solat mereka. Juga puasa kalian dibanding puasa mereka. Amalan kalian dibanding amalan mereka. Mereka membaca Qur'an, namun bacaannya tidak melampaui kerongkongan mereka. Mereka keluar dari agama ini sebagaimana anak panah yang melesat dari busurnya. Kamu melihat ke hujung anak panahnya namun kamu tidak melihatnya. Kamu melihat ke busurnya namun kamu tidak melihatnya. Kamu lihat ke pangkal anak panah dan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu saling mendustakan dalam pangkal anak panah." Telah menceritakan kepadaku dari Malik telah sampai kepadanya, bahawa Abdullah bin 'Umar tetap mempelajari surat al-Baqarah selama lapan tahun." - [Riwayat Malik:428]
Rasulullah saw. telah memberi peringatan kepada kita akan ada kaum yang kita tidak dapat tandingi solat mereka, puasa mereka dan amalan mereka. Tetapi segala amalan mereka itu hanyalah sia-sia, langsung tidak diterima oleh Allah.
Inilah ciri-ciri orang yang riak dalam melakukan amal soleh. Mereka menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling kuat amalannya, paling ikhlas dan paling tawadduk.
Sedangkan Allah Maha Mengetahui akan niat sebenar mereka yang berpura-pura ingin mendapatkan perhatian dan pujian manusia semata-mata.
Riak bukanlah hanya pada orang yang beramal soleh, tetapi setiap daripada kita boleh memiliki perasaan riak tanpa kita sedari.
Contohnya bagi orang yang berilmu, mereka menunjukkan kepandaian mereka dan mencari ilmu hanya untuk diperlihatkan kepada orang ramai betapa pandainya dia dan betapa tingginya ilmu di dada.
Lantaran jika terdapat orang yang berbeza pandangan dengan mereka, mereka akan cepat-cepat membalas dengan hujah yang sangat ilmiah dengan niat supaya orang akan mengagumi kehebatan mereka.
Walau bagaimanapun, sukar untuk kita ketahui niat mereka. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati mereka. Kita perlu berbaik sangka terhadap mereka kerana jika kita berburuk sangka, syaitan akan menyelinap dan menghasut kita dengan hasutan yang jelek lagi jijik.
Seperti sabda Rasulullah saw.;
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abu Az Zinad dari al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - [Riwayat Abu Daud:4271]
Begitulah, kita seeloknya diamkan sahaja dan berilah nasihat yang memadai andaikata terdapat ciri-ciri jelas orang yang riak pada kenalan kita mahupun sesiapa sahaja.
Mencari-cari kesalahan itu ditegah oleh Rasulullah saw. kerana syaitan selalu mengambil kesempatan atas peluang itu. Namun, hendaklah kita jauhi sifat riak ini kerana riak merupakan salah satu daripada pecahan syirik.
Sebagaimana sabda nabi Muhammad saw, maksudnya;
Dari Mahmud bin Lubaid dia berkata: Telah keluar Rasulullah saw. sambil berkata, "Wahai sekalian manusia, jauhilah olehmu perbuatan syirik yang tersembunyi." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah syirik yang tersembunyi itu?" Baginda menjawab, "Iaitu seseorang berdiri menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solatnya dengan bersungguh-sungguh kerana manusia melihatnya. Itulah syirik yang tersembunyi." - [Sahih Targhib wa Tarhib 1/17]
Seperti dalam hadis yang disertakan, perbuatan menunjuk-nunjuk solat kita kepada orang lain adalah perbuatan riak. Selain perbuatan amal soleh, perbuatan lain juga terdapat riak di dalamnya jika kita tidak ikhlas melakukannya demi Allah sepertimana hadis ini;
Dari Abu Musa al-Asyari dia berkata: "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw. lalu bertanya, "Seorang berperang kerana marah, seorang berperang kerana keberanian dan seorang lagi berperang kerana riak. Manakah antara mereka yang berada di jalan Allah?" Rasulullah menjawab, "Barangsiapa yang berperang agar kalimatullah menjadi tinggi maka dia berada di jalan Allah." - [Riwayat Bukhari dan Muslim, Tirmizi:1646, Ibn Majah:2783]
Jihad pada Allah juga dikhuatiri riak jika niat kita bukan untuk memperjuang agama Allah, dan tidak ikhlas keranaNya.
Bagi yang niat kerana selain daripada Allah adalah amat rugi sekali amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan. Ini kerana mereka hanyalah mendapat pujian dan sanjungan manusia sementara sahaja di dunia ini tetapi di akhirat kelak tidak menjamin kedudukan mereka bahkan mungkin akan dicampakkan ke neraka. Wallahualam.
Elakkanlah perasaan bangga diri dan seumpanya. Ikhlaskanlah diri untuk Allah semata-mata. Bimbang kita termasuk dalam golongan yang dibicarakan oleh hadis tersebut.
"Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran (keagungan) adalah sarungKu. Maka barangsiapa melepaskan dariKu satu dari dua tersebut, nescaya akan aku lemparkan ke neraka Jahanam." - [Riwayat Abu Daud:4090, Ibn Majah:4174]
Bagi para penuntut ilmu pula tuntutlah ilmu dengan niat kerana Allah. Bukan niat kerana untuk menambah koleksi sijil lantas menampalnya di rumah, di pejabat dan tempat lain untuk menunjuk kepada orang lain bahawa dialah yang hebat.
Namun, jika ingin mendapatkan sijil supaya menyenangkan proses mencari pekerjaan yang halal demi hidup di atas jalan Allah, itu adalah diharuskan.
Sabda Rasulullah saw.;
"Barangsiapa belajar satu ilmu yang seharusnya hanya mencari redha Allah semata, tetapi dia tidak belajar melainkan untuk mendapatkan keduniaan, maka dia tidak akan mendapatkan walaupun bau syurga di akhirat nanti." - [Riwayat Abu Daud:3664, Ibn Majah:252, Ahmad II/338]
"Janganlah engkau belajar satu ilmu untuk bermegah-megah di hadapan para ulama, mempermainkan orang bodoh serta untuk menguasai majlis. Maka barangsiapa berbuat demikian maka apilah (nerakalah) berhak baginya." - [Riwayat Ibn Majah:254, Ibn Hibban:90, Hakim I/86]
Wallahualam.
 ( copy daripada iluvislam )