CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Selasa, 15 Mac 2011

kepentingan ilmu fardhu ain

       ramai yang tidak tahu tentang kepentingan ilmu fardhu ain.begitu juga pandangan pelik segelintir golongan yang memandang ilmu fardhu ain cukup sekadar belajar semasa di sekolah rendah dan menengah sahaja,sedangkan jika ditanyakan kepada mereka tentang perkara2 fardhu ain,mereka pun tergagap2 nak jawab..ubahlah pandangan negatif anda jika ada dalam kalangan sahabat2 anda yang menyedari kepentingan ilmu ini sedangkan anda memandang sepi usaha mereka dalam mendalami ilmu agama..terdapat 3 ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf bila bergelar seorang muslim.mukallaf di sini hendaklah memenuhi syaratnya iaitu berkal,baligh dan sampai seruan dakwah.3 ilmu yang wajib dipelajari oleh orang mukmin adalah akidah,feqah dan tasawuf @ dikenali sebagai ilmu akhlak..setiap ilmu ini saling berkait antara satu sama lain,dan perkara akidah yang perlu diberi keutamaan sebelum mempelajari feqah dan tasawuf..ini kerana seorang hamba haruslah mengenali Tuhannya terlebih dahulu sebelum  melakukan ibadah dan berakhlak baik,


Berkata Imam Ghazali 
لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود..
      sekiranya seorang hamba tidak mempelajari akidah dan terus beribadat kepada Allah,mana mungkin ibadahnya diterima oleh Allah sekiranya dia tidak mengetahui akan sifat Penciptanya,dia hendaklah menjauhi ittikad bahawa Allah berada di atas langit,Allah mempunyai anggota badan dan sebagainya.ini adalah kerana ia adalah ittikad kufur.sheikh Abdullah Al Harari pernah berpesan kepada sesiapa orang alim yang mengetahui akan sesuatu kebenaran dan dia takut menyatakan kebenaran mengenai agama Allah,maka turunlah laknat ke atas dirinya,Nauzubillah..Beliau juga ada berpesan bahawa kita sering menganggap diri kita berada dalam islam sehinggalah datang malaikat maut menjemput kita dan memanggil kita dengan panggilan يا عدو الله, sedangkan ketika itu kita dah tidak boleh berbuat apa2 lagi..jauhilah fahaman2 sesat yang makin berleluasa pada zaman fitnah ini,dekatilah ulama2 dan ikutilah ajaran ahli sunnah waljamaah yang sebenarnya..sedarlah bahawa hidup kita di dunia ini adalah untuk mencari bekal untuk dibawa ke negeri akhirat.itulah pentingnya belajar,semakin belajar,semakin banyak yang kita tidak tahu..

         Telah berpesan guru saya bahawa sekiranya kita membiarkan diri kita tanpa belajar,kita kan selalu merasakan diri kita sudah mengetahui segala2nya,sedangkan bila ada orang tanya kepada kita berpa rukun solat pn,kita dh tidak boleh jawab,inikan pula bila golongan non muslim yang bertanyakan kepada kita,bagaimanakah kita hendak menceritakan keindahan islam dan nikmatnya agama islam kepada mereka?ambillah masa koreksi diri..saya menyeru kepada semua orang islam terutamanya guru2 pendidikan islam,belajarlah ilmu fardhu ain sehingga benar2 mantap terlebih dahulu sebelum mengatakan kepada orang yang pergi belajar ilmu fardhu ain dalah sesat,ini kerana jika kalian berkata sedemikian,maka kesesatan itu akan kembali kepada anda..Sedarlah bahawa tugas mendidik umat islam berada di bahu anda,sekiranya anda menyampaikan hukum yang salah mengenai agama Allah ini,maka anda telah merosakkan keindahan islam itu sendiri..berkatalah benar jika anda tidak tahu,jangan membuat hukum mengikut logik dan perasaan anda..