CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH (Analogi Harimau dan Nyamuk)

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata  Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,

* عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
* Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
 

~Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya..

Imam al-Ghazali berpesan kepada anak perempuannya di hari penuh kebahagiaan anaknya itu;



... Anakku!Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu.

jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.


Semoga pesanan ini juga bermanfaat buatku suatu hari kelak,insyaALLAH!.

Wallahua'lam.

revolusi cinta muslimah

"Dalam hati teridam seorang jejaka, tinggi ilmunya soleh pula wataknya, namun kerana adab yang masih bertapa, takkan ku luah cinta ini padanya, takkan sesekali perigi mencari timba.Akhirnya adabku itu berbalas hampa, jejaka ku idam kini berpunya, tamatnya cinta dengan air mata.Akhirnya, aku redha dengan pilihan ibu, kerana cintaku sudah pun berlalu.Siapa tahu nasib diri ini, sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari, jauh disana malang yang menanti diri, kebahagiaan diharap tidak kemana pergi, suamiku jauh sekali dari yang aku jangka, indahnya hanya khabar dari rupa, hidupku berteman si air mata, sedang insan lain di mahligai bahagia".


Pilihlah Yang Terbaik Selagi Mana Ada

Purata  membuktikan kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki, di kampus negara nisbah mahasiswi adalah 65% berbanding mahasiswa yang hanya 35%.Dalam institusi keluarga pula, pasangan ibubapa yang melahirkan anak perempuan lebih ramai berbanding pasangan yang melahirkan anak lelaki.

Ramai kaum wanita tercari-cari dan ternanti-nati, siapakah yang bakal hadir didalam hidupnya untuk bergelar suami.Terkadang saya dapati, seorang wanita yang solehah dirinya, baik rupa parasnya, cantik pula hati budinya, tetapi si suami seorang yang tidak bermakna baginya, isteri disisi dijadikan hamba, jauh sekali untuk memimpin amanah rumahtangga. Bertambah rugi apabila seorang muslimah yang mempunyai fikrah perjuangan, tapi suaminya pula menjadi penghalang, kerana suami tidak memahami erti perjuangan.

Terkadang seorang wanita itu solehah, tetapi suaminya seorang penagih dadah, dia tidak pernah menjangkakan, namun takdir Tuhan tak siapa mampu menghalang.Andai difikir di satu sudut, apakah Tuhan tidak adil baginya?, sebenarnya tidak sebegitu, semakin kurang nikmat kesenangan seseorang hamba, di akhirat nanti kurang jugalah soalan yang diajukan kepadanya.Sesungguhnya tuhan itu maha adil.

Pembaca yang budiman, sekalipun di dunia hidup bagaikan di penjara dan di akhirat nanti berbalas syurga, namun Allah tidak pernah menghalang untuk kita berlari untuk menggapai kebahagiaan hidup.Bahkan itulah matlamat hidup manusia, bahagia di dunia dan di akhirat, andainya tidak benar  takkan menyebut di akhir doa',
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Allah Berikan Aku Didunia Ini Kebaikan, Dan Di akhirat Juga Kebaikan, dan Hindarilah Aku Dari Azab Api Neraka".


Adab Melayu Yang Disalah Timbang

Hanya kerana peribahasa "Perigi Mencari Timba" kita mudah tersalah anggap, melihat wanita melamar lelaki maka kita katakan itu menyalahi adab, benarkah begitu?atau kita yang dikurung stigma masyarakat dahulu.

Sejarah islamlah yang perlu diikuti, adab islamlah yang paling terpuji.Siti Khadijah telah menunjukkan bukti, bahawa seorang wanita melamar lelaki itu adalah satu amalan terpuji, sebagaimana beliau melamar Rasulullah SAW.Apakah dalilnya yang membuatkan kalian untuk terus menanti, sehingga "andartu" dilempar ke muka dahi.

Bukanlah saya bermaksud kaum wanita perlu menawarkan diri, tidak sesekali.Namun kalian perlu mengerti, luahan 'rasa' itu kadangkala tidak semestinya dengan lafaz yang difahami, bahkan bahasa kiasan terlalu luas untuk dijadikan wasilahnya, atau gunakanlah 'orang tengah' yangsepatutnya.Andaikata kalian tidak berani untuk melakukan revolusi diri, kalian sememangnya akan terus menanti berganti hari.Andai ditemukan dengan jodoh yang di mimpi-mimpi, pastinya selaut syukur kehadrat ilahi, dan andai sebaliknya, kalian tidak boleh menyalahkan sang pencipta, kerana kalian sendiri tidak berusaha, walhal ianya tidak pernah menyalahi agama, hanya adab yang menipu bangsa.

Benarlah sudah dijanjikan Tuhan wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan yang buruk untuk yang buruk jua, namun menjadi keharusan untuk kita memilih sesuatu yang terbaik.Pilihlah yang terbaik selagi kita mampu usaha, kerana ia akan menjadi sebahagian daripada kebahagiaan rumahtangga.Jadilah seorang muslimah yang bermotivasi, dan punyai keyakinan diri, jangan hanya menunggu redha terhadap apa yang mendatangi.

Ditolak bukan bererti anda hina, diterima tidak semestinya dapat bersama, selagi ijab qabul belum menamatkan lafaznya, pertunangan itu hanyalah sebagai tanda.Yakinlah setiap jawapan itu ada hikmahnya, dan keberanian kalian itulah sesuatu yang mesti dibangga.

Lakukan Revolusi Untuk Kebahagiaan

Sabda Rasulullah saw:
“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Masih ramai wanita yang "andartu' ke hari tua, dan sebenarnya mereka juga tidak pernah menjangkakannya sewaktu di usia muda, kerana itulah kita sewajarnya berusaha, usah tertipu dengan pepatah bangsa.

Fenomena di Universiti Al-azhar seorang wanita melamar lelaki bukanlah perkara luar biasa, namun anehnya kenapa mahasiswi tempatan tidak meneladaninya.Walhal mahasiswi tempatanlah yang lebih selayaknya, kerana bumi Azhari kaum hawa adalah sedikit berbanding kaum adam, dan kaum adamlah yang sepatutnya mencari sebelum hawa kehabisan 'ditanda' orang.

Universiti tempatan pula kaum adam adalah lebih sedikit berbanding kaum hawa, andai direnung sekali imbas, tak semua wanita akan bersuami andaikata seorang lelaki hanya memiliki seorang isteri.Maka revolusikanlah minda untuk menggapai bahagia, 'peganglah' andai sudah ada yang kita suka, janganlah terus terhimpit dengan peribahasa 'perigi mencari timba'.

Usah Terus Bermonolog

Seorang wanita solehah pastinya sentiasa bimbang dengan masa depannya, ingin sekali suaminya adalah pemandu hidup yang mampu memimpinnya ke syurga.Umur kian beransur ke hari tua, resah gelisah pastinya menerpa di dalam doa.Apatah lagi melihat potret rakan-rakan kebanyakannya sudah bergelar isteri, punyai suami dan sebahagiannya sudah pula melahirkan permata hati, seribu persoalan pastinya menggelegak didalam hati.


Saban waktu bermonolog seorang diri, tercari-cari di mana letaknya kebahagiaan diri, perit si hati hanya bertongkat sabar setiap hari.Semua ini akan terus tertinta di dalam diari, selagi kalian tidak melakukan revolusi.Bangunlah dengan berani, kalian adalah serikandi, jadikan diri generasi madani, berani dan yakin dengan diri sendiri.Peganglah, panas sejuk hasilnya, Tanggunglah, untung rugi risikonya.Yang pasti kalian mesti berusaha, yakinlah dengan pencipta yang tidak sesekali menghampakan hambanya.

kecantikan wanita

Laksana tidak semudah bicara, hakikat hati cukup payah untuk mengubah diri walaupun tekad beribu kali.Jelitawan mengungkapkan kecantikan adalah satu anugerah, namun ramai yang tidak menyedari bahawa kecantikan adalah musibah di sebalik anugerah.Berapa ramai wanita yang akhlaknya seindah rupa?berapa ramai wanita yang hatinya selembut bicara?nisbahnya hanya seorang daripada seribu sahaja.Yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi ramping, pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup.

Andaikata pembaca adalah wanita, anda mahu atau tidak memiliki wajah cantik?, mungkin ada menjawab "cukuplah dengan apa yang Allah kurniakan".Ya,tapi, andaikata semua lelaki mahukan teman hidupnya wanita cantik, apakah ada sanggup hidup keseorangan?anda perlu terima kenyataan, bahawa lelaki akan rebah cintanya bilamana rupa tidak seindah hati.

Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)

Dalam hadis ini diperbandingkan antara kecantikan rupa paras dan kecantikan hati, antara kekayaan harta dan kekayaan amalan.Kenapa Nabi s.a.w membandingkan kecantikan rupa paras dengan hati, kenapa tidak dikatakan pangkat dan sebagainya, kerana fitrah alam kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik.Manusia yang cantik tidak semestinya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi, tetapi manusia yang berpangkat tinggi akan berusaha untuk berwajah seayu bidadari.Ini menunjukkan kecantikan lebih diutamankan daripada jawatan.Renungi, betapa ramai gadis jelita yang musnah dalam kehidupannya, kerana mereka tidak punyai cita-cita, hanyut dibawa arus cinta dengan jejaka yang tidak seberapa.

Umpama semut, semut yang bersayap lebih cantik daripada semut yang tidak bersayap, semut yang tidak bersayap hanya mampu bersiar-siar di atas lantai simen yang disinari cahaya lampu.Sebaliknya semut yang bersayap akan terbang dan mengelilingi cahaya lampu, kerana sedikit kelebihan yang diberi tuhan ia terbang keriangan tanpa memikirkan bahawa kelebihan itu kadangkala musibah, akhirnya badan yang cantik dengan sayap nan indah terhinggap di mentol lampu akhirya ia mati kepanasan.Begitulah perumpaan wanita yang cantik dengan yang biasa, kecantikan menyebabkan anda akan dicari manusia dan mungkin di persinggahan itu anda rebah dan musnah segala-galanya.Seandainya anda diberikan wajah yang cantik, binalah hati secantik wajah agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.

Sesungguhnya Allah akan menyatukan wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk.Bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada hati lelaki dan wanita itu.Pandanglah sekeliling, anda akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah hakikatnya bahawa sekufu itu adalah pada hati bukanlah pada wajah.Wanita solehah pada padangan lelaki soleh adalah cukup berharga, walau wajah tidak semanis jiwa.Wanita yang menghiasi dunia dengan kesolehannya adalah penghuni syurga, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah penghuni neraka.

Kerana itulah saya mengatakan kecantikan itu musibah, kecuali bagi insan yang mengerti bahawa anugerah itu ujian padanya lantas membalaskan kesyukuran kepada sang pencipta dengan sebenar-benarnya.Syukur pula tidak dengan kata-kata, tapi dibuktikan dengan mendekatkan diri pada Allah, memelihara anugerah yang dikurniakan sehingga tiada siapa yang mengetahuinya, apatah lagi untuk dilihat sang lelaki walaupun seinci dari auratnya.

Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik -baik perhiasan adalah wanita solehah".(HR Muslim).

cinta makan hati..cintailah manusia sekadarnya..

Tidak dapat dinafikan, diari cinta semestinya disulam dengan suka dan duka, sebagaimana kemarau tidak berterus lamanya, hujan tidak pula terus menerus menyimbah rumput dunia.Dicintai tidak semudah menyintai, dimiliki tidak semudah memiliki, cinta kerap kali mengusik hati, mejadikan istana hati itu retak sehingga gugurnya debu-debu air mata menyimbah pipi, walau senyuman kerap kali terus menafi.Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerana kadangkala apabila kita menyukai sesuatu sebenarnya ia tidak baik bagi kita, dan boleh jadi sesuatu yang kita benci itulah yang terbaik buat kita, hanya Allah mengetahui segala rahsianya.

Kadangkala kita menyintai seseorang, tapi dia pula melabuhkan kasih pada yang lain, kadangkala dua insan saling menyintai, tapi dia jugalah yang sahabat kita sukai.Benar, trilogik cinta sering terjadi, dan kadangkala memberikan kebahagiaan pada sahabat itu mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna, sekalipun kita terpaksa mengalirkan air mata.Ada sahabat menyapa "kenapa bila kau bercakap kau selalu melawak membuatkan orang lain gembira, tetapi bila kau keseorangan kau sering mengalirkan air mata, kau sedihkah apa?".

Teman, antara hujan dan panas itu akan bersinarnya pelangi-pelangi yang indah, senyuman dan air mata itu akan mengukir hati supaya sentiasa pasrah, sabar dan redha terhadap apa yang terbeban ke atas dirinya.Bilamana kita menyerahkan kebahagiaan kepada sahabat yang kita sayang, walaupun dihati kita sebak dengan tangisan,disitulah terkumpulnya dua sinaran, iaitu senyuman dan tangisan.Dan dari situlah terpancarnya pelangi kebahagiaan.Syukurlah seandainya dia masih menjadi milik kita, dan redhailah seandainya Allah menggantikan dia dengan seseorang yang tidak disangka.

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila seseorang yang tidak pernah kita kenali datang menerpa menyatakan cinta dan berhajat pada kita, kerana jodoh kadangkala sesuatu yang tidak diduga.Firman Allah swt :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah :ayat 216)



Sahabat, memiliki rasa cinta itu tidak ada salahnya, kerana ia akan tetap hadir sekalipun tidak dipinta, namun harus diingat, jangan terlalu kasihkan manusia melebihi kasih pada pencipta, kerana Dia yang mengatur segala-galanya, cintakan seseorang belum tentu ia menjadi milik kita, cintakan tuhan Dia mampu memberikan apa saja yang kita pinta.Dengan hanya "Kun Fayakun" maka terjadilah apa yang diinginkannya, oleh itu seandainya sesuatu yang kita inginkan belum menjadi milik kita, sabarlah dan terus berdoa, Allah mengerti setiap apa yang tersemai dihati hamba-hambanya.Memberi sebiji permata tidak sama dengan memberi sebutir kaca, tuhan tidak sekadar melihat doa hambanya, tapi melihat dimana pula buktinya, bagaimana hubungan hambanya denganNya, sebanyak mana air mata yang digugurkan dalam permintaannya.Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya kita meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan pada kita.Dan peliharalah hubungan sesama manusia yang dicintai agar tidak lalai daripadaNya.Fiman Allah swt

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)


Bangunlah untuk muhasabah diri merenungi dosa-dosa tersembunyi dicelah-celah cinta manusia, bersihkan hati dan serahkan sebulat-bulatnya pada pencipta, biarkanlah Dia yang mengatur segalanya.Sekadar secangkir renungan untuk teruna dan dara.Berhati-hatilah dengan ujian dunia.

Rabu, 7 Disember 2011

istihadhah

Istihadhah
 نزول الدم باستمرار أو تقطع فى غير وقت الحيض أو النفاس وهو ليس دم حيض ولا دم نفاس( والاستحاضة كسلس) في الحكم( فلا تمنع ما يمنعه الحيض)
Keluarnya darah dengan cara berterusan atau terputus-putus  pada waktu selain daripada waktu haid atau nifas dan ia bukan darah haid dan bukan juga darah nifas (istihadhah seperti kencing tak lawas) pada hukum (tidak ditegah perkara yang ditegah disebabkan haid).

فيجب أن تغسل مستحاضة فرجها.
Maka wajib orang yang beristihadhah untuk membersihkan farajnya.

(الاستحاضة) سبعة أنواع والمستحاضة يجب عليها عندما تريد الصلاة أن تغسل فرجها مع وجود الدم ثم تصلي ليس معناه تصلي والدم ينـزل منها ( فتحشوه أي تحط فيه قطنًا أو خرقة حتى يخف الدم) يعني إذا أرادت المستحاضة الصلاة تغسل فرجها ثم تحشوه بقطن أو خرقة أخرى بشرطهما، يعني بعد غسل النجاسة وحشو الفرج تضع خرقة من الأمام إلى الخلف ثم تعصب عليه خرقة أخرى على الدائر حتى تمسك الخرقة الأولى( أي الحشو والعصب) أي إذا لم تكن صائمة تحشو أما الصائمة لا تحشو، لأن الصائمة تفطر بحشوها للفرج، وكذلك الشرط في الحشو أن لا تتأذى منه وإلا لا تحشو.
Istihadhah padanya tujuh keadaan dan orang yang beristihadhah diwajibkan keatasnya ketika hendak mendirikan solat supaya membasuh farajnya yang ada  darah kemudian barulah dirikan solat. Hal ini bukanlah bermakna pergi solat sedangkan darah masih mengalir darinya (menutup yaitu menyumbat kedalamnya dengan kapas atau kain sehingga tidak kelihatan darah) yakni jika perempuan yang beristihadhah ingin bersolat hendaklah dia membasuh farajnya dan menyumbatnya dengan kapas atau bercawat dengan kain lain dengan dua syaratnya. Yaitu selepas membersihkan najis, hendaklah menutup faraj dengan meletakkan kain dari depan hingga belakang kemudian ikat (hujung kain) dengan kain lain di atas pinggang sehingga tersangkut kain yang pertama (tutup dan ikat). Perbuatan menyumbat ini perlu dilakukan sekiranya perempuan itu tidak berpuasa namun sekiranya sedang berpuasa maka tidak boleh melakukannya kerana akan terbatal puasa dengan perbuatan menyumbat faraj. Dan menjadi syarat juga untuk sumbat mestilah tiada kesakitan dan jika sakit tidak perlulah disumbat.

(فتتطهر لكل فرض وقته أي وضوؤها لا يصح إلا بعد دخول الوقت ) مثل المصابة بسلس البول لا تتوضأ قبل دخول وقت الصلاة إنما بعد دخول الوقت يصح وضوؤها .
(Hendaklah bersuci setiap kali waktu solat fardhu kerana wudhuknya tidak sah kecuali selepas masuk waktu) samalah seperti orang yang terkena penyakit kencing tak lawas tidak boleh berwudhuk sebelum masuk waktu solat akan tetapi selepas masuk waktu, sah wudhuknya.

(وتبادر به أي لا تتأخر بعد وضوؤها في الصلاة بل تبادر بصلاتها) يعني بعد دخول الوقت تتوضأ وفورًا تبادر أي تبدأ بالصلاة.
(Menyegerakan dengannya yaitu tidak berlengah selepas berwudhuk untuk solat bahkan mestilah segera solat) maksudnya selepas masuk waktu dan berwudhuk kemudian hendaklah terus memulakan solat.

(ولا يضر تأخيرها لمصلحة، كأن أخرت لانتظار جماعة مثلاً أو لسترٍ ) فإذا عملت الطريقة المذكورة من الحشو والعصب ثم بعد ذلك توضأت ثم لم تبادر فورًا إلى الصلاة وإنما بقيت لانتظار جماعة جاز لها ومن الأعذار الستر كأن توضات ثم بقيت وقتًا  تستر عورتها لأجل الصلاة.
(Tidak mengapa melengahkan solat jika ada maslahah, seperti berlengah kerana menunggu jemaah ataupun menutup aurat) sekiranya telah sempurna cara yang disebutkan yaitu sumbat dan bercawat selepas itu berwudhuk kemudian tidak memulakan solat dengan segera tetapi tetap menunggu jemaah, maka harus baginya. Dan daripada keuzuran juga adalah memakai pakaian seperti dia berwhuduk kemudian menggunakan waktunya untuk menutup auratnya supaya boleh bersolat.

(أما بعد ما توضأت إذا انقطع الدم تعيد أو أثناء الوضوء علمت أنه انقطع تعيد)
Adapun sekiranya darah berhenti selepas berwudhuk maka hendaklah dia mengulangi wudhuknya begitu juga ketika sedang berwudhuk, diketahui olehnya bahawa darah sudah berhenti maka perlu diulangi wudhuknya semula.

يعني بعد أن استعملت طريقة الحشو والعصب وشرعت بالوضوء وأثناء الوضوء انقطع هنا تعيد الوضوء بعد إزالة النجاسة ( تستنجي وتعيد الوضوء(
Maksudnya sesudah mengerjakan semua cara dari sumbat, bercawat dan berwudhuk namun ketika berwudhuk berhenti darah, maka hendaklah mengulangi wudhuknya selepas hilang najis (cuci najis dan berwudhuk semula)

(لا إن عاد قريبا بعدما توضأت انقطع ثم بعد دقائق رجع فهذه ليس عليها أن تعيد الوضوء) فإذا توضات في حال الاستحاضة (أي مع نزول الدم) بعد عمل طريقة العصب بعد انتهائها من الوضوء انقطع الدم وعاد قريبا لم يطل انقطاعه كدقيقة أو دقيقتين فهذه ليس عليها أن تعيد الوضوء بل يكفيها وضوؤها الأول.
(Sekiranya tidak lama selepas berwudhuk berhenti darah kemudian selepas beberapa minit kembali semula darah, maka dalam hal ini tidak perlu ke atasnya untuk mengulangi wudhuk) jika seseorang berwudhuk ketika dalam istihadhah (ketika darah masih keluar) kemudian selepas bercawat dan berwudhuk, terputus darah dan keluar semula dalam masa yang singkat kira-kira satu atau dua minit maka tidak diwajibkan keatasnya untuk mengulangi wudhuk bahkan cukup untuknya wudhuk yang mula-mula.

فائدة:
الحامل إذا نزل منها دم واستمر أربعا وعشرين ساعة أو زيادة، بعض الفقهاء قالوا هذا يكون حيضًا، وبعضهم قالوا الحامل لا تحيض فعلى قولهم الحامل إذا رأت الدم لا تعتبره حيضًا ولو تجاوز أربعا وعشرين ساعة.
Faedah:
Perempuan yang hamil jika keluar darah darinya dan berterusan selama 24 jam atau lebih, sebahagian fuqaha’ berkata ianya adalah haid dan sebahagian yang lain berpendapat perempuan hamil tidak akan keluar haid maka dengan pendapat mereka ini sekiranya terlihat darah, tidak dikiranya sebagai haid walaupun melebihi 24 jam.

وما سنذكره الآن من المسائل على قول إن الحامل تحيض:
مسألة:- رأت ولو حاملاً لا مع طلق دمًا لزمن حيض قدره ولم يعبر أكثره (أي لم يزد على خمسة عشر يومًا)
 فهو مع نقاء تخلله حيضٌ.
Dan akan dibincangkan sekarang ialah masalah-masalah bagi pendapat yang mengatakan perempuan hamil boleh kedatangan haid.
Masalah :- apabila melihat perempuan hamil akan darah sebelum waktu berpisah (bersalin) cukup bagi waktu haid dengan kadarnya dan tidak melepasi sebanyak-banyaknya (yaitu tidak lebih 15 hari).

المرأة إذا رأت دمًا قدر حيض أي ما يسع أربعا وعشرين ساعة متصلاً أو منفصلاً ولو كانت حاملاً فهو حيض، المرأة الحامل هذا الدم إذا بلغ نزول الدم منها أربعا وعشرين ساعة يكون حيضًا ولو متقطعا فتكون كل هذه المدة حيضًا لذلك قال (متصلاً أو منفصلاً) هذا عند الذين قالوا إن المرأة تحيض وهم بعض الشافعية.
Seorang perempuan jika melihat darah dengan kadar yang cukup untuk haid yaitu keluar darahnya mencukupi 24 jam secara bersambung atau berpisah walaupun dia hamil maka ia dikira haid, darah perempuan hamil ini jika keluar darah mencukupi 24 jam jadilah ia haid walaupun keluar secara putus-putus. Oleh itu, dikira semua waktu ini sebagai haid. Begitulah pendapat bagi mereka yang mengatakan bahawa perempuan (hamil) boleh kedatangan haid dan mereka adalah sebahagian asy-syafi^iyyah.

(أما ما تراه النساء مع الطلق فهذا ليس حيضًا)
Adapun darah yang dilihat oleh seorang perempuan ketika berpisah maka ianya bukanlah haid.

لما قال مع الطلق يعني عند الوقت السابق للولادة في هذه الساعات ينـزل من الحامل دم هذا لا يعتبر حيضًا حتى عند الذين قالوا إن الحامل تحيض.
Apa yang dia maksudkan dengan waktu berpisah bererti ketika bersalin. Pada saat ini akan keluar daripada perempuan hamil darah, maka ianya tidak dikira haid begitulah juga di sisi pendapat yang mengatakan perempuan hamil boleh kedatangan haid.

Hukum Ikhthilath Antara Kaum Laki-Laki Dan Kaum Perempuan (kitab sorih al-bayan m.s. 155)



Ketahuilah bahwa sikap berlebih-lebihan dalam agama adalah sikap yang tidak seharusnya. Yang dituntut dalam hal ini adalah bersikap adil. Dengan demikian tidak boleh bagi siapapun menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, atau sebaliknya; menghalalkan sesuatu yang telah diharamkannya. Allah berfirman:



قل يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم. سورة المائدة: 77

Maknanya: "Katakanlah [wahai Muhammad] wahai ahli kitab jangalah kalian berlebih-lebihan dalam beragama kalian". (Q.S. al Ma-idah : 77)



Rasulullah berkata kepada Ibn ‘Abbas di Muzdalifah saat melaksanakan haji: “Ambilkan batu [untuk melempar jumrah] untukku”. Kemudian Ibnu ‘Abbas memungut batu seukuran khazaf (kerikil sedang). Rasulullah bersabda: “(dengan) Batu-batu seukuran inilah (kalian melempar jumrah), jauhilah oleh kalian intuk berlebih-lebihan dalam urusan agama, sesungguhnya berlebih-lebihan dalam agama telah menghancurkan orang-orang sebelum kalian”.



Ada pendapat sebagian orang yang berlebih-lebihan dalam menyikapi hukum ikhthilath. Mereka mengharamkan apa yang tidak diharamkan Allah. Mereka mengharamkan berkumpulnya kaum laki-laki dan kaum perempuan, padahal bukan khalwah [berdua-duaan], tidak terdapat persentuhan antara kaum laki-laki dan kaum perempuan dan kaum perempuan tersebut menutup aurat [tidak membuka kepala atau semacamnya]. Orang yang mengharamkan semacam ini hanya mengada-ada; mereka tidak memiliki dalil.



Ikhthilath terbagi kepada dua bagian; ikhthilath yang boleh dan ikhthilath yang diharamkan. Ikhthilath yang boleh adalah yang tanpa adanya persentuhan antara tubuh dan bukan khalwat (berdua-duaan) yang diharamkan. Ikhthilath yang diharamkan adalah yang terdapat persentuhan [berbaur hingga bersentuhan] antara kaum laki-laki dan perempuan. Hal ini seperti yang telah dijelaskan oleh Syekh Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Fatawa al-Kubra, dan syekh Ahmad ibn Yahya al-Wansyuraysyi [ulama abad 10 H] dalam karyanya al-Mi’yar al-Mu’rib; sebuah kitab yang memuat fatwa-fatwa ahli fiqh daerah Maghrib (Maroko).



Al-Bukhari [1] , Muslim [2] , at-Tirmidzi [3] dan an-Nasa’i [4] meriwayatkan dari Abi Hurairah bahwa salah seorang sahabat datang kepada Nabi. Nabi kemudian menyuruh para isterinya untuk menjamunya sebagai tamu, tapi mereka berkata: “Kita tidak memiliki apapun (untuk jamuan) kecuali air”. Kemudian Nabi berkata di hadapan para sahabatnya: “Siapakah yang siap menjadikannya sebagai tamu?”. Salah seorang sahabat dari kaum Anshar berkata: “Saya wahai Rasulullah”. Kemudian ia membawa tamu tersebut menuju rumahnya. Ia berkata kepada isterinya: “Muliakanlah tamu Rasulullah ini !”. Sang isteri menjawab: “Kita tidak memiliki jamuan kecuali makanan anak kita”. Sahabat Anshar berkata: “Siapkanlah makanan itu, hidupkanlah lampu dan tidurkanlah anak-anakmu jika saat [kita hendak] makan malam !”. Kemudian sang isteri menyiapkan makanan, menghidupkan lampu dan menidurkan anak-anaknya. Setelah itu ia mendekati lampu seakan hendak membenarkannya, namun ia malah memadamkannya. Kemudian kedua suami isteri ini mengerak-gerakkan tangannya memperlihatkan kepada tamu seakan-akan sedang makan. Akhirnya keduanya tidur malam dalam keadaan lapar. Saat menghadap Rasulullah di pagi harinya, Rasulullah bersabda:



" ضحك الله الليلة أو عجب من فعالكما"



Kemudian turun firman Allah:



ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة، ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون. سورة الـحشر:9



Makna [ضحك] dalam hadits di atas “meridlai” bukan berarti “tertawa” layaknya manusia. (artinya Allah meridlai apa yang kalian kerjakan tadi malam).Sebagaimana hal ini dinyatakan al-Hafizh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari [5]. Dalam hal ini jelas sahabat Anshar dan isterinya duduk bertiga dengan tamu, sebagaimana layaknya berkumpul saling berdekatan antara orang-orang yang sedang makan. Dan Rasulullah dalam hal ini tidak mencegahnya.



Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Shahih [6]-nya dari Sahl, berkata: “Ketika Abu Usaid as-Sa’idi menjadi pengantin, ia mengundang Rasulullah dan para sahabatnya. Tidak ada yang membuat makanan bagi para tamu (undangannya) tersebut juga tidak mendekatkan (membawa) makanan kepada mereka kecuali isterinya; Ummu Usaid”.



Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Dalam hadits ini terdapat keterangan tentang kebolehan berkhidmahnya seorang isteri terhadap suaminya dan para tamunya. Tentunya hal ini bila saat aman dari adanya fitnah, juga perempuan tersebut harus dengan menjaga apa yang seharusnya [menutup aurat]. Juga dalam hadits ini terdapat keterangan bahwa seorang suami boleh meminta tolong [khidmah] kepada isteri” [7].



Ibn al Mundzir, salah seorang imam mujtahid, dalam kitabnya al-Awsath, berkata: “Mengkhabarkan kepada kami ‘Ali ibn ‘Abd al-‘Aziz, ia berkata:: Mengkhabarkan kepada kami Hajjaj, ia berkata:: Mengkhabarkankan kepada kami dari Tsabit dan Humaid dari Anas, beliau berkata: Kami bersama Abu Musa al-Asy’ari, kami shalat di al-Mirbad, kemudian kami duduk di masjid al-Jami’, dan kami melihat al-Mughirah ibn Syu’bah shalat bersama orang banyak, kaum laki-laki dan kaum perempuan bercampur, lalu kamipun shalat bersamanya” [8].



Ibnu Hibban meriwayatkan dari Sahl ibn Sa’d, berkata: “Kami kaum perempuan di masa Rasulullah diperintah untuk tidak mengangkat kepala hingga kaum laki-laki mengambil tempat duduknya masing-masing, karena sempitnya pakaian [yang mereka kenakan]” [9].



Dua hadits di atas merupakan dalil bahwa berkumpulnya kaum laki-laki dan kaum perempuan dalam satu tempat adalah sesuatu yang boleh, sekalipun tidak ada penghalang (sitar) antara mereka. Artinya bahwa ikhthilath antara kaum laki-laki dan kaum perempuan adalah hal yang boleh selama tidak ada persentuhan. Adapun ikhtilath yang diharamkan adalah yang disertai dengan adanya persentuhan tubuh.



An-Nawawi dalam syarahnya terhadap kitab al-Muhadzdzab, berkata: “...karena sesungguhnya ikhtilath antara kaum laki-laki dan kaum perempuan jika bukan khalwah adalah sesuatu yang bukan haram” [10].



Perkataan an-Nawawi di atas sesuai dengan petunjuk hadits Ibn ‘Abbas, bahwa Rasulullah bersabda bagi kaum perempuan saat mereka berbaiat:



" إنما أنبئكن عن المعروف الذي لا تعصينني فيه أن لا تخلون بالرجال وحدانا ولا تنحن نوحة الجاهلية "



Maknanya : "Aku beritahukan kepada kalian tentang kabaikan (al-Ma’ruf) yang tidak boleh kalian durhaka kepadaku dalam hal ini; [ialah] janganlah kalian berkhalwah dengan kaum laki-laki dalam keadaan sendiri dan janganlah kalian menjerit-jerit [an-Niyahah; karena kematian seseorang] seperti menjerit-jeritnya kaum jahiliyah". (H.R. Al-Hafizh Ibnu Jarir at-Thabari)



Para ulama fiqh telah mencatat bahwa bila ada dua orang laki-laki bersama dengan satu orang perempuan atau dua orang perempuan dengan satu orang laki-laki bukan tergolong khalwah yang diharamkan. Syekh Zakariyya al-Anshari asy-Syafi’i dalam Syarh Raudl ath-Thalib, berkata: “Boleh bagi seorang laki-laki untuk berkumpul dengan dua orang perempuan yang dapat dipercaya [tsiqah]” [11]. Demikian pula disebutkan oleh Syekh Muhammad al-Amir al-Maliki [12].



Yang diharamkan adalah khalwah antara satu orang laki-laki dengan satu orang perempuan, sebagaimana diterangkan dalam hadits Nabi:

" لا يخلون رجل بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان "



Maknanya: "Tidaklah sekali-kali seorang laki-laki berkhalwah dengan seorang perempuan kecuali orang ketiganya adalah syetan". Hadits Shahih riwayat at-Tirmidzi [13].



Dalam hadits lain Rasulullah bersabda:



" لا يدخلن رجل على مغيبة إلا ومعه رجل أو رجلان "



Maknanya: "Janganlah seorang laki-laki masuk [rumah] seorang perempuan yang sedang ditinggal suaminya, kecuali bersamanya satu laki-laki lain atau dua laki-laki”. (H.R. Muslim [14] dan lainnya [15])



Hukum yang diintisarikan dari hadits-hadits di atas ialah bahwa berkumpulnya antara laki-laki dan perempuan jika tiga orang atau lebih adalah sesuatu yang boleh. Kebolehan ini berlaku dalam berbagai keadaan [mutlak]; baik untuk kepentingan dunia selama tidak mengandung kemaksiatan, maupun untuk kepentingan agama; seperti belajar ilmu agama atau dzikir. Dengan keharusan perempuannya menutup aurat.



Dengan demikian orang yang mengharamkan berkumpulnya kaum laki-laki dan kaum perempuan terlebih dengan tujuan belajar ilmu agama maka ia telah mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan Allah. Ini jelas merupakan kesesatan dan kebodohan. Padahal dalam hadits telah diriwayatkan bahwa kaum perempuan shalat berjama’ah bersama Rasulullah. Mereka berada di barisan belakang setelah barisan kaum laki-laki, dan di antara mereka tidak ada penghalang (sitar). Kemudian juga dalam Shahih al-Bukhari [16] diriwayatkan bahwa Rasulullah menyuruh kaum perempuan di hari raya untuk ikut shalat ied di satu tempat di Madinah di dekat masjid [nabawi]. Saat itu banyak kaum perempuan muda shalat ied di belakang Rasulullah, sementara kaum perempuan lainnya yang sedang haidh menyaksikan dari jauh, untuk mendapatkan kebaikan. Dalam beberapa kesempatan lainnya Rasulullah turun langsung bersama Bilal di mendatangi (menghampiri) kaum perempuan untuk memberikan nasihat kepada mereka. Kemudian dalam Shahih al-Bukhari ada sebuah bab yang beliau namakan dengan: “Bab Nasihat Imam [pemimpin] bagi kaum perempuan di hari raya”.



Dan karena itulah tradisi kaum Muslimin masih berlanjut dari dahulu hingga sekarang bahwa para ulama menentukan waktu dan tempat khusus di samping masjid atau di tempat lainnya untuk mengajar kaum perempuan.



Setelah penjelasan panjang lebar yang dikutip dari hadits-hadits shahih dan pernyataan para ulama di atas, tidak layak bagi seseorang untuk membangkang. Apakah yang diharapkan dari sikap membangkang jika hadits-hadits shahih merupakan dalil ?. Para ulama mujtahid memberikan tauladan kepada kita untuk berpegang teguh dengan teks-teks syari’at yang memang shahih. Semak bagaimana pernyataan Imam as-Syafi’i: “Jika sebuah hadits telah shahih maka itulah madzhabku”. As-Syafi’i seorang ulama mujtahid berkata demikian, lantas siapakah si pembangkang itu dibanding asy-Syafi’i ?!.







___________________________________

[1] Shahih al-Bukhari: Kitab Manaqib al-Anshar: Bab firman Allah: [ ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة].



[2] Shahih Muslim: Kitab al-Asyribah: Bab Ikram adl-Dlaif wa Fadli itsarihi.



[3] Sunan at-Tirmidzi: Kitab Tafsir al-Qur’an min Surat al-Hasyr. Ia berkata hadits shahih.



[4] Sunan an-Nasa’i al-Kubra: Kitab at-Tafsir: Bab firman Allah: [ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة].



[5] Fath al-Bari (7/120)



[6] Shahih al-Bukhari: Kitab an-Nikah: Bab Qiyam al-Mar’ah ‘Ala ar-Rijal Fi al-‘Urs wa khidmatihim bi an-Nafs.



[7] Fath al-Bari (9/251)



[8] Lihat Kitab al-Ausat (2/401)



[9] Lihat al-Ihsan Bi Tartib Shahih Ibn Hibban (3/317)



[1] al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (4/484)



[11] Lihat Syarh ar-Raudl (3/407)



[12] Lihat Hasyiat al-Amir ‘Ala al-Majmu’ (1/215)



[13] Jami’ at-tirmidzi: Kitab ar-Radla’.



[14] Shahih Muslim: Kitab as-Salam: Bab Tahrim al-Khalwah bi al-Mar’ah al-Ajnabiyyah.



[15] Ibnu Hibban dalam Shahih-nya (7/442) dan Ahmad dalam Musnad-nya (2/171, 176, 213).



[16] Shahih al-Bukhari: Kitab al-‘Idain: Bab Khuruj an-Nisa wa al-Huyyadl Ila al-Mushalla