CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Selasa, 19 April 2011

lelaki soleh hanya untuk wanita solehah

       Cinta adalah fitrah bagi manusia.Bagi insan yang masih bergelar remaja,isu ini adalah isu yang paling diminati oleh golongan mereka.Daurah pemantapan daie yang berlangsung selama 2hari di selangor telah mempertemukan ana dengan semua sahabat dari semua lapisan umur,course yang berbeza serta identiti yang berbeza tetapi bernaung di bawah satu agama yang sama iaitu islam.

      Ana tertarik dengan cerita seorang adik ini yang sanggup meletakkan cinta Allah melebihi cintanya kepada makhluk yang bergelar seorang lelaki.Pertemuan mereka di sebuah pusat pengajian ilmu agama telah membibitkan perasaan suka dan sayang.Semestinya fitrah bagi manusia ingin disayangi dan menyayangi.Pertemuan itu telah menyebabkan mereka berdua bertukar nombor telefon dan berkenalan.Sepanjang berhubungan,si adik merasa sangat berdosa kerana merasakan dirinya tidak lagi merasai kekhusyukan beribadah kepada Allah,hati makin lalai mengingati Allah.

       Akhirnya adik mengambil keputusan tidak lagi berhubungan dengan lelaki itu dan memberi syarat sekiranya mahu berhubungan,perkahwinan adalah wasilah yang terbaik bagi mereka.Dan akhirnya mereka menyepi buat seketika.Namun,beberapa ketika menghampiri kepada hari ulangtahun kelahiran adik,lelaki itu kembali menghantar sms kepadanya.Walaupun dalam sms itu hanya tertulis perkataan "salam",tetapi ia cukup membuatkan jiwa si adik terganggu.Adik kembali menjawab sms lelaki berkenaan dengan tujuan bukan memberi peluang kepada si lelaki untuk berhubung dengannya tetapi sekadar memberi peringatan.ini sms si adik kepada lelaki berkenaan," wassalam,ana sebenarnya tidak suka berhubungan dengan enta,itu adalah berdosa dan ana tidak mahu hati ana lalai lagi,itu prinsip ana,jika enta rasa ana bukan calon yang sesuai dengan citarasa enta,enta boleh pergi dari hidup ana.syukran,wassalam...
t
       Wahai adikku,betapa kuatnya imanmu.Ana menasihati adik agar tidak lagi membuka peluang kepada mana-mana lelaki untuk berhubung dengannya.Sebagaimana yang kita ketahui,kehidupan seorang siswi di kampus sangat terdedah kepada kerja berkumpulan dan kadangkala perlu kepada bekerjasama dengan lelaki.Tapi peluang itu tidak seharusnya dibuka seluas dan selebarnya kepada siswa untuk berhubungan dalam perkara yang tidak penting.Jadilah mawar berduri yang harumnya bisa menambat hati sang kumbang,tetapi hanya kumbang yang terpilih sahaja yang mampu memiliki mawar berkenaan.
      Buat adik,akak sangat bersyukur dengan tindakanmu itu,sesungguhnya iman yang bertapak di dadamu masih kuat dan Allah masih menyayangimu imanmu adikku.Ingatilah walaupun kamu telah melepaskan jejaka itu,ingatlah Allah akan gantikan kumbang yang lebih baik untukmu yang bernilai solehah.Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita solehah.Moga kita semua tergolong dalam kalangan wanita solehah yang beriman,bertaqwa serta berilmu agama yang tinggi.Jadilah wanita yang bernilai solehah dari sudut pandang Allah,bukan dari sudut pandang manusia.
      Kenangan daurah bersama adik serta sahabat yang lain pasti dalm ingatn akak selamanya.Dan kisah adik turut akan menjadi pedoman untuk ana dan juga sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.Dan jangan biarkan cinta kepada makhluk merencatkan perjalanan dakwah yang ingin kita sampaikan.Misi dakwah akan kita teruskan sehingga ke hembusan hayat yang terakhir(^_^)
      Yakinlah dengan janji Allah,bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik:
  
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.



0 ulasan: