CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

bagaimanakah amalan kita??

Kata Ibn al-Mubarak yang diceritakan dari Khalid bin Ma'dan bahawa ia berkata
kepada Mu'az:
"Ceritakan satu Hadis yang terdengar olehmu dari Rasululah saw yang hafal olehmu dan yang tiap hari diingat-ingat olehmu kerana terlalu pentingnya hadis itu dan sangat halus dan mendalamnya. Hadis manakah yang menurut pendapat tuan yang paling penting?"

Maka jawabnya: "Baiklah aku akan ceritakan."

Kemudian beliau menangis lebih dahulu, lama sekali menangisnya itu, selanjutnya
beliau berkata:
"Aduhai sungguh rindu sekali aku kepada Rasulullah, ingin segera bersua dengan
Baginda."



Kemudian beliau berkata lagi: Ketika menghadap kepada Rasulullah saw, beliau
menunggang unta dan beliau menyuruhku untuk naik di belakang beliau; kemudian berangkatlah aku bersama beliau dengan mengenderai unta tersebut dan beliau menengadah ke langit, kemudian bersabda yang bermaksud:

"Puji syukurku ke hadhrat Allah Yang Berkehendak kepada makhlukNya menurut
KehendakNya Wahai Mu'az! Jawabku: "Ya Sayyidal Mursalin."

Sabda beliau:
"Sekarang aku akan menceritakan satu cerita kepadamu yang apabila dihafalkan olehmu akan berguna bagimu, tapi kalau diremehkan olehmu, maka kamu tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah. Hai Mu'az!, Allah itu menciptakan tujuh Malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi; tiap langit ada satu Malaikat yang menjaga pintu; dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh Malaikat Penjaga Pintu, menurut kadamya pintu dan keagungannya. Jadi, Malaikat yang menjaga amal seorang hamba, yang mencatatkan amalnya itu naik ke langit dengan membawa amal si hamba tersebut yang bersinar-sinar cahayanya
bagaikan cahaya Matahari. Setelah sampai ke langit pertama, Malaikat Hafazah yang menganggap amalnya si hamba itu banyak, memuji kepada amal-amal tersebut, tetapi setelah sampai kepada pintu langit pertama; berkatalah Malaikat Penjaga Pintu Langit Pertama kepada Malaikat Hafazah:

"Nab campakkanlah amal ini ke muka (wajah) tuannya, saya ini penjaga tukang mengumpat, saya diperintahkan untuk tidak menerima tukang pengumpat terhadap orang lain agar tidak masuk, jangan sampai lalu untuk menuju ke langit yang berikutnya."

Kemudian hari berikutnya ada lagi Malaikat Hafazah naik ke langit dengan memawa amal soleh yang berkilauan cahayanya, yang dianggap oleh Malaikat Hafazah sangat banyaknya serta dipuji; Malangnya sebaik sampai ke langit kedua (yang telah berjaya merentasi langit ke satu sebab si pemilik amal tersebut tidak suka mengumpat), maka berkatalah Malaikat di langit Kedua:

"Berhentilah dan campakkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, sebab dengan amalnya itu dia mengharap keduniaan, Allah memerintahkan kepadaku untuk menahan amal ini jangan sampai lalu ke langit yang lain. "

Maka Malaikat semuanya melaknat kepada orang tersebut sampai petang hari. Ada lagi Malaikat Hafazah yang naik ke langit dengan membawa amal hamba Allah yang amat memuaskan, penuh oleh sedekah, puasa, dan bermacam-macam kebaikan yang oleh Malaikat Hafazah dianggap sedemikian banyaknya dan dipuji; tetapi sebaik sampai ke langit ketiga maka berkatalah Malaikat Penjaga langit ketiga:

"Berhentilah, campakkanlah ia ke wajah pemiliknya, saya adalah Malaikat Penjaga Kibir (orang yang sombong), Allah memerintahkan kepadaku agar amal ini tidak menembusi pintuku, jan-gan sampai ke langit berikutnya, salahnya sendiri dia takbur kepada orang lain di dalam perkumpulan."

Seterusnya, Malaikat Hafazah naik lagi ke langit dengan membawa amal hamba yang lain, bersinar bagaikan bintang yang besar paling, suaranya bergemuruh, penuh dengan tasbih, dengan puasa, solat, haji dan umrah. Sebaik sahaja sampai ke langit keempat; Malaikat Penjaga langit keempatpun berkata:

"Berhentilah jangan dilanjutkan, campak-kanlah amal ini ke wajah pemiliknya, saya ini Penjaga Ujub, Allah memerintahkan kepadaku agar amal ini jangan sampai lalu, sebab jika dia beramal selalu 'ujub. "

Kemudian, naik lagi Malaikat Hafazah dengan membawa amal hamba yang diiring dan diarak, sepertimana pengantin perempuan diiring kepada suaminya, sebaik sahaja sampai ke langit kelima membawa amal yang paling bagus, seperti: jihad, ibadah haji, ibadah umrah, cahanya pun berkilauan bagaikan matahari. Kata Malaikat Penjaga langit kelima:

"Saya ini penjaga sifat hasud, nah dia itu yang amalnya demikian bagus suka hasud/iri kepada orang lain atas kenikmatan Allah yang diberikan kepadanya, jadi dia itu metnbenci kepada yang meredhakan, kepada Allah (benci nikmat). Saya diperintahkan oleh Allah, agar tidak membiarkan amalnya itu untuk menembusi pintuku ke pintu yang lain."

Kemudian Malaikat Hafazah naik lagi dengan membawa amal yang lain, membawa wudhuk yang sempuma, solat yang banyak, puasa, haji, umroh sehingga sampailah ke langit yang keenam, kata Malaikat penjaga pintu ini:

"Saya ini Malaikat penjaga rahmat, nah amal yang seolah-lah bagus ini hendaknya engkau campakkan ke wajah pemiliknya, ini kerana salahnya sendiri bahawa dia itu belum pernah mengasihani orang lain, apabila ada yang mendapat musibah, maka dia merasa senanghati. Saya diperintahkan oleh Allah agar amal ini janga menembusiku, supaya jangan sampai kepada yang lain."

Dan naik lagi Malaikat Hafazah ke langit dengan membawa amal si hamba berupa bermacam-macam sedekah, puasa, solat, jihad dan wara', suaranya pun bergemuruh bagaikan badai, cahayanyapun bagaikan kilat. Sebaik sahaja sampai kepada langit yang ketujuh, maka berkatalah Malaikat yang menjaga langit yang ketujuh itu:

"Saya ini Penjaga sum'ah (ingin masyhur), sesungguhnya si pengamal ini ingin termasyhur dalam perkumpulan-perkumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawannya yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin, Allah memerintahkan kepadaku agar menahan amalnya itu, jangan sampai ia lalu dan menembusi kepada yang lain, dan tiap-tiap amal yang tidak bersih kerana Allah, maka itulah riak. Allah itu tidak akan menerima dan mengabulkan kepada amal dari orang-orang yang riak"

Kemudian Malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal seorang hamba, yakni amal dari solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam tidak banyak bercakap, zikir kepada Allah, kemudian diiring oleh Malaikat ke langit ketujuh sehingga sampai meneembusi hijab-hijab dan sampailah ke hadhrat Allah. Para Malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua menyaksikan bahawa amal ini adalah amal yang soleh, yang diikhlaskan kerana Allah. Tetapi firman Allah:

"Kalian Hafazah, pencatat amal hambaKu, sedang Akulah yang mengintip hatinya, amal yang ini tidak kerana Aku, yang dimaksud olehnya itu adalah selain daripadaKu. tidak diikhlaskan kepadaKu. Aku lebih mengetahui dari pada kamu tentang apa yang dimaksud olehnya dengan amalnya itu. Aku laknat mereka, menipu kepada orang lain, dan juga menipu kepadamu (Malaikat-malaikat Hafazah) tapi Aku ini tidak akan tertipu olehnya, Aku ini Yang paling Tahu akan hal yang ghaib-ghaib. Akulah yang melihat isinya hati, dan tidak akan samar kepadaKu setiap apa pun yang samar, tidak akan tersembunyi bagiKu setiap apa pun yang tersembunyi. PengetahuanKu tentang apa yang telah terjadi, sama dengan PengetahuanKu kepada yang akan datang. PengetahuanKu kepada orang-orang yang terdahulu sebagaimana PengetahuanKu kepada orang-orang yang kemudian. Aku Lebih Tahu atas apa pun yang lebih samar dari pada rahsia, bagaimana akan hambaKu akan mampu dengan amalnya itu menipu kepadaKu, boleh juga mereka itu menipu kepada makhluk-makhluk yang tidak tahu, sedangkan Aku ini Yang Mengetahui kepada yang ghaib-ghaib. LaknatKu tetap kepadanya."

Kata ketujuh malaikat dan 3000 Malaikat yang menyertai:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah LaknatMu dan laknat kami semua bagi mereka". Maka semua yang ada di langit mengucapkan: "Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknat orang-orang yang melaknat."

Sayyidina Mu'az r.a. (yang meriwayatkan Hadts ini) kemudian menangis dengan tersedu-sedu dan berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan tersebut?"

Sabda Rasul: "Hai Mu'az, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan!

Aku bertanya lagi "Wahai Baginda, tuan ini adalah Rasulullah, sedangkan saya ini hanyalah si Mu'az bin Jabal bagaimana boleh saya selamat dan bagaimana aku dapat terlepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah: "Ya begitulah, seandainya dalam amalmu ada kelengahan, maka tahanlah mulutmu jangan sampai memburukkan orang lain dan juga kepada saudara-saudaramu sesama Ulama; apabila kamu hendak memburukkan orang lain, maka seharusnya engkau ingat kepada dirimu sendiri, sebagaimana engkau tabu bahawa dirimu pun penuh dengan aib-aib, jangan membersihkan dirimu dengan memburukkan orang lain, jangan mengangkat diri sendiri dengan menekan orang lain, jangan riak den-gan amaltnu agar amalmu itu diketahui orang lain; dan janganlah termasuk orang yang mementingkan keduniaan dengan melupakan akhirat, kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik, dan jangan takbur kepada orang lain, nanti akan luput bagimu kebaikan dunia dan akhirat, dan jangan berkata kasar pada suatu Majlis dengan maksud supaya orang-orang takut akan keburukan akhlakmu itu, jangan mengungkit-ungkit apabila berbuat kebaikan, jangan merobek-robek (peribadi) orang lain dengan sebab mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam yakni sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Di antara itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia. "(an-Naziat : 2)

Maksudnya mengoyak-ngoyak daging dari tulang. Aku berkata: "Ya Rasulullah, siapa yang kuat menariggung penderitaan seperti ini?"

Jawab Rasulullah saw: "Wahai Mu'az, apa yang telah aku ceritakan kepadamu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT, adalah cukup untuk menghadapi semua itu; bahawa kamu mesti menyayangi orang lain sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri, dan benci bagi orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri, apa-bila demikian, maka kamu akan selamat dan pasti dirimu akan terhindar."

Kata Khalid bin Ma'dan (yang meriwayatkan Hadis tersebut dari Sayyidina Mu'az) bahawa Sayyidina Mu' az sering membaca Hadis ini sebagaimana beliau sering mem-baca al-Quran, mempelajari Hadis ini sebagaimana mempelajari al-Quran dalam majlis-nya.

Khamis, 29 September 2011

AL TAUHID

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,segala pujian ana panjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian alam yang menghidupkan ana sebelum adanya ana di dunia ini yang mana dapat lagi ana menukilkan sedikit perkongsian ilmu kepada sahabat2 yang sering mengikuti blog ana ini..Moga perkongsian yang sedikit ini dirahmati dan diredhai Allah azza wajalla..amin ya rabbal alamin..


Rasanya dah banyak perkongsian ana mengenai kelebihan ilmu tapi hari ini ana masih ingin memulakan kalam ana mengenai kelebihan ilmu..Sesungguhnya malaikat adalah antara makhluk yang paling banyak diciptakan oleh Allah,makhluk yang diciptakan tanpa ada nafsu untuk makan,minum,berkahwin dan sebagainya.Berbeza dengan manusia yang mempunyai nafsu yang mana kalau tidak dilawan,menjadikan manusia itu hina disisi Allah azza wajalla.Malaikat diciptakan tanpa ada (khowatir) lintasan untuk berbuat maksiat kepada Allah dan setiap hari golongan malaikat berterbangan mencari majlis ilmu.Sesungguhnya Allah juga ada berfirman kepada malaikat bahawa sesungguhnya aku ( Allah) telah mengampunkan dosa si fulan yang berada di majlis ilmu (demikian2)..Ayuh sahabat2,mulai hari ini kita berazam untuk penuhi dada kita dengan ilmu terutamanya ilmu dhoruri yang wajib ke atas setiap mukallaf.



Demikianlah sedikit galakan daripada ana yang faqir kepada sahabat2 sekalian dalam usaha mencari redha Allah di bumi ini sebelum kita dikembalikan kepada darul akhirat yang kekal selama-lamanya.Oklah,masuk kita pula kepada perkongsian ilmu ana mengenai ilmu akidah ataupun dikenali dengan ilmu tauhid.Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah tauhid? tauhid adalah (ifradul qodim minal muhdas) iaitu mengEsakan Allah yang bersifat qodim (sediakala) daripada sifat makhluk..Sifat sediakala Allah ini adalah azali dan tidak akan berubah  kerana sifat berubah ( altaghoyur) adalah sifat bagi makhlukNya..ini kerana Allah adalah tidak serupa dengan makhluk sebagaimana dalam firmannya (laisa kamislihi syai  wahuwa sami'ul basir) yang bermaksud bahawa tiada yang serupa dengan Allah yang bersifat dengan sifat maha mendengar lagi maha melihat).

Antara surah yang menjelaskan tentang ketauhidan Allah adalah surah al ikhlas yang mempunyai 4 ayat..diceritakan bahawa wali besar nusantara iaitu allahyarham Tok Kenali sentiasa melazimi surah ikhlas kerana ia adalah seafdhol-afdhol surah kerana ia menjelaskan secara jelas akidah orang islam yang berbeza dengan orang kafir.

Ayat pertama surah ikhlas menyatakan bahawa (katakanlah wahai Muhammad,ALLAH ESA).Apabila dikatakan ESA maka ia membawa maksud Tunggal.Telah berkata Imam Abu Hanifah tentang keEsaan Allah,sesungguhnya Allah tunggal bukan dari segi bilangan akan tetapi ketunggalan Allah adalah dari sudut tiada sekutu bagiNya.

Ayat kedua surah al ikhlas pula membawa maksud ( Allah tempat bergantung bagi makhlukNya).Tempat di sini bukan bukan membawa makna bahawa Allah bertempat akan tetapi membawa makna bahawa Allah tidak berhajat kepada sesuatu,setiap makhluk berhajat kepadanya dan hanya kepada Allah tempat makhluk memohon pertolongan.Zaman ini kita sering dimomokkan dengan pelbagai persoalan akidah yang menjadi kecelaruan kepada semua umat islam sehinggakan terjadi perpecahan dalam kalangan  umat..Sesungguhnya jalan yang terbaik dalam mencari penyelesaian ini adalah dengan kembali kepada Alquran,hadis serta ijma; ulama yang muktabar (ulama 4 mazhab).Ada yang mempersoalkan mengenai keadilan Allah dengan bertanyakan soalan2 yang dalam tidak sedar boleh membawa kepada terkeluar dari agama islam,nauzubillah..Mereka bertanya di manakah letaknya keadilan Allah apabila menciptakan orang mukmin akan kekal di dalam syurga sedangkan orang kafir kekal padanya di dalam neraka Allah?Apa yang kita nak jawab pada golongan yang bertanya sebegini kepada kita? Jawapannya sangat mudah sekiranya kita belajar mengenai sifat 20..kita tanya kembali kepadanya,adakah kamu percaya Allah maha berkuasa?Sudah pasti dia akan menjawab ya.Sekiranya kamu percaya bahawa Allah maha berkuasa ke atas sekalian makhlukNya,maka Allah juga maha berkuasa mentakdirkan sesuatu kepada makhluknya sama ada takdir itu baik bagi makhluknya ataupun tidak..SubhanaAllah..MAHA SUCI ALLAH DARI BERSIFAT DENGAN SEGALA KEKURANGAN..sebagaimana kata ulama :penciptaan 2 perkara yang berlawanan merupakan dalil kesempurnaan kuasa Allah..jika sekiranya Allah menjadikan semua makhluknya sama,tidak akan ada yang dapat membezakan 2 perkara sama ada ia baik atau tidak..contohnya sekiranya Allah menciptakan semua warna di dunia putih,maka kita tidak akan dapat mencari perbezaan diantara warna hitam dan putih..Wallahu taala ;ala waa'llam..



Ayat ketiga dalm surah al ikhlas pula membawa maksud bahawa ( ALLAH tidak beranak dan diperanakkan)..ayat ini jelas menafikan Allah sama seperti makhluknya..Secara logik akal pun kita dapat fikir,adakah sama pencipta dengan kita?sudah pasti ianya jauh berbeza kerana wajib pada akal pencipta jauh lebih hebat daripada benda yang diciptakan(makhluk).Ayat ini juga jelas menyatakan sifat Allah yang tidak ada permulaan dan pengakhiran bagi kewujudanNya..Ini kerana apabila terhasil sesuatu daripada makhluk,maka ia dinamakan dengan makhluk..contohnya ibu melahirkan bayi,maka bayi itu adalah makhluk,adapun Allah tidak sedemikian..Ini kerana tidak akan terpisah daripada zat Allah akan sesuatu.Adapun kehidupan kita diapit dengan 2 ketiadaan iaitu sebelum dilahirkan ke dunia ini dan selepas kematian kita dan ia jelas menunjukkan bahawa hidup kita ada permulaan dan pengakhiran,bermulanya hidup kita saat roh ditiupkan sewaktu berada di dalam janin ibu,adapun saat pengakhiran bagi hidup kita adalah setelah tercabutnya roh dari jasad.Adapun Allah bersifat dengan sifat al baqa; iaitu berkekalan(tidak berubah).


Dan ayat terakhir surah ikhlas membawa maksud bahawa tiada sesuatu pun sebanding dengan Allah..Ayat ini jelas membezakan Allah dengan makhluk.Allah menciptakan malaikat akan tetapi Allah tidak sama dengan malaikat.Allah menciptakan manusia akan tetapi Allah tidak serupa dengan manusia.

Setakat ini dulu perkongsian ana pada post kali ini,sebelum berundur,ingin ana nasihatkan kepada sahabat2 sekalian carilah ilmu kerana ilmu yang akan menjaga kita,maksudnya apabila terjadi perselisihan maka kita dapat membenteng diri kita daripada terpengaruh dengan pendapat atau qaul yang tidak rojih yang bukan berdasarkan alquran,hadis,serta ijma; ulama yang muktabar..sebagaimana kata-kata saidina Ali karamallahu wajhah kenalilah kebenaran nescaya kamu akan mengenali ahli-ahlinya..tuntutlah ilmu yang sohih yakni ilmu ulama yang terdahulu yang diyakini sebagaimana hadis rasulullah sollahualiahiwassalam :sebaik-baik kurun adalah kurunku dan selepasnya(sahabat) dan selepasnya(tabiin)..wallahu taala a'lam..sama-sama kita renung2kan..(^^,)