CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Khamis, 15 September 2011

Buat MUROBBI yang amat kucintai kerana ALLAH

Alhamdulillah,setelah hampir 4 bulan ana menghabiskan cuti semester ana,baru ni lah kesempatan yang dapat ana ambil untuk mencoretkan sesuatu pada bolg kesayangan ana ini..insyaAllah,ingin ana manfaatkan spenuhnya ruangan blog ini untuk perkongsian ilmu dan pengalaman..Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang 4bulan ana menghabiskan masa di kampung bersama keluarga tercinta..sesungguhnya kerinduan pada keluarga dan murobbiku amat dirasai..Ya Allah,aku sangat mencintai murobbiku keranaMu,cintailah murobbiku,bantulah dia dalam mentadbir urusan agamaMu,sesungguhnya beliau telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku serta keluargaku,jauhilah dia dari segala fitnah yang cuba dilakukan oleh musuh agamaMu,berilah kekuatan,petunjuk kepada murobbi kesayanganku ini kerana dengan wasilah yang diajarkan olehnya menjadikan diriku makin ingin mendalami agamaMu ini.Amin ya rabbal Alamin..InsyaAllah,perkongsian ilmu daripada murobbi akan ana postkan pada post yang akan datang,moga ilmu yang dikongsi dapat juga memberi saham kepada ana di akhirat kelak..lillahitaala..AMIN YA RABBAL ALAMIN..


Khamis, 5 Mei 2011

pesanan Tuan Guru Haji Husin Nasir Al Banjari

“Al-Jawahir Al-Sufiyyah” karya al faqir biLlah al-marhum Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari (Tuan Husin Kedah) mengenai hal ini.
“Seseorang itu tidak dapat memahami perkara yang payah seperti Musyahadah dan Muraqabah kepada Allah Ta’ala itu atau seperti tuntutan mengenal Allah Ta’ala itu dengan pengenalan yang sempurna atau tuntutan berkekalan khidmat dan ibadah kepada Allah Ta’ala melainkan dengan lima perkara :
1. Meninggalkan keinginan dan kasih kepada dunia, ertinya tidak kasih kepada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.
2. Meninggalkan daripada perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu, iaitu tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.
3. Seseorang itu hendaklah berkekalan dengan zikrullah, ertinya sentiasa ingat kepada Allah Ta’ala dengan hatinya dan sentiasa disebut dengan lidahnya
4. Seseorang itu hendaklah bersegera bertaubat pada tiap-tiap kali ia melakukan dosa
5. Meninggalkan tindakan angan-angan, sekalipun bagi pekerjaan atau urusan yang berkaitan dengan akhirat.