CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Ahad, 27 Februari 2011

8 perkara yang menambahkan iman

1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.

2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah  Al-Quran dia akan bertambah imannya.
Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran
3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.
4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.
5-Memperbanyakkan solat-solat sunat  dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.
6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.
7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan  Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan  kerajaan atau majikan.
Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya  lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.


Sabtu, 26 Februari 2011

ikhtilad di antara lelaki dan perempuan

IKHTILAT IKHWAH & AKHAWAT, BAGAIMANA DENGAN KITA?
Oleh : ayahJid


Sering sahaja dalam minggu ini, apabila otak saya menjentik rasa untuk menulis sesuatu dalam ulama' ummah, jemari saya layu tidak bertenaga. Entah kenapa! saya seakan hilang rentak tari. Nafsu menulis saya membuak-buak tapi ada sesuatu yang menghalangi saya untuk tampakkan diri dikhalayak. Saya malu sendiri lantas mengambil keputusan untuk menyepi buat seketika. Doakan saya...Pagi ini saya lawan tembok kebal penghalang - Enferiority kompleks + tekanan exam - yang menjadikan saya malas untuk menulis.

Ikhtilat Ikhwah & Akhawat, Bagaimana Dengan Kita ?

Persoalan mungkin, ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita? Terkadang saya berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan atau saya akan hanya dikata orang sebagai ketinggalan. Saya sedar sekian ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun otak saya tetap berkeras mahu membekaskan tulisan atas tajuk ini. Harapan saya hanyalah satu, sebagai satu perkongsian.

Seseorang lelaki mahupun wanita itu hendaklah apabila telah cukup ilmu dan fahamnya tentang agama Islam, sementelah mereka yang terlibatnya di dalam dakwah haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :
1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai 'Platonik'

Hubungan Cinta
Pada hakikatnya mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah nafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama akad. Selalu sangat kita dengar ungkapan 'i love u' atau yang lebih islamik sikit mengungkapkan kalimah cinta dengan 'Ana uhibbuka/ki fillah'.Ungkapan pertama mungkin hasil didikan barat dan saya yakin ramai dikalangan kita samada islamic student mahupun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini.

Namun saya gusar bila terkadang mendengar ungkapan yang disaran oleh Nabi SAW digunakan dalam menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah islamiah disalah guna. Unjuran nabi agar perkataan 'Ana uhubbuka/ki fillah' digunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah islamiah disemarakkan kerana irtibat dengan ribatan iman dan Islam adalah kemuncak hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan.

Namun hari ini saya melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa gahirah cinta antara lain jantina.Pepatah arab ada menyebut ;Mula-mula salaing pandang memandang, kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata "Hai assalamualaiku, boleh berkenalan" dan akhirnya temu-janji dibuat.

Platonik
Hubungan jenis ini sebenarnya lagi bahaya kerana sifatnya yang tersembunyi dan terselindung disebalik istilah hubungan kawan, adik angkat dan abang/kakak angkat atau apa jua hubungan yang langsung tidak melibatkan perasaan cinta pada awalnya.
Sejak sekian lama saya memerhati dan membuat analisa berkenaan dengan hubungan ini hinggalah akhirnya saya menjumpai istilah yang membezakannya dengan hubungan cinta biasa. Kesimpulan yang saya jumpai menunjukkan bahawa hubungan ini juga adalah tidak syarie dalam Islam.

Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilah antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan.Dalam Maqasid Syariyyah ada disebutkan antara 5 kewajipan manusia yang seharusnya dijaga dan diberi perhatian adalah menjaga nasab dan keturunan. Justeru mana mungkin lelaki dan perempuan yang diharamkan oleh agama untuk berikhtilat dalam erti kata samada berhubung rapat penuh nafsu atau persahabatan dan ber'angkat' kononya langsung tiada rasa cinta dihalalkan oleh selera dan nafsu kita.
Bukankan hidup bertunjangkan syariat dan agama adalah selamat dan yang pasti akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.Namun ini bukanlah bermaksud antara lelaki dan perempuan langsung tiada ruang komunikasi. Islam adalah agama yang mudah-memudah dan seharusnya relatif dengan tabie manusia.
Islam meletakkan keharusan dalam muamalah dan hubungan kemasyarakatan antara lelaki dan perempuan dengan di sana juga diletakkan seiring batasan syariat. Ia bukalah sesusah dan sepayah apa yang digegak gempitakan oleh barat mentohmah dan memaparkan kejumudan ajaran Islam mengikut definisi keji mereka dalam soal ini.
Batas yang digariskan bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan tapi sebenarnya ia adalah langkah selamat ke arah menjamin keselesaan dan keselamtan ummah.Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ¡warak berbungkus¢.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjaan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ¡meeting¢ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin"
Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ¡cop awal¢ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ¡kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ¡Urgent¢
Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.
Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ¡Urgent¢
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ¡gentleman¢ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ¡Urgent¢
Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka¢(Al-Qasas. 24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al- Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

e. Rasulullah SAW. bersabda,"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)

f. "... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Justeru, sebenarnya langsung tidak timbul soal seksisnya kaum Adam dalam menghukum Hawa, tapi yang pasti Islam mengajar kita untuk berdepan dengan masalah dengan menggunakan ukuran kapasiti diri selaku manusia.Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini. Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus ke lembah becak kemaksiatan.Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini.


adab-adab menuntut ilmu agama


Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:-


Ikhlas dalam menuntut ilmu.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban


Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”



Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam.

Positif dan Yakin kepada diri sendiri
Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]


“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.


Tidak mengenal titik noktah

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap ikhwah dan akhawat yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Kalau kita teliti orang orang yg senior dalam dakwah, mengikuti usrah sejak dari universiti sampai ke akhir hayat. Kenapa?. Cukupakah ilmu yag anda di dalam diri kita , hanya sekadar 4 tahun pengajian di university.?. habis jer university dh tak perlu ikut usrah ker?. Tepuk dada Tanya iman anda

Mengamalkan ilmu
Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar kuliah shj, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]



Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]



Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”

[al-Anfal, ayat 29]


Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Berdoa Kepada Allah

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
[al-Kahf, ayat 10]

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

[Ali Imran, ayat 8]

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

[Shahih Muslim, hadis no: 77].

Jumaat, 25 Februari 2011

petUa imAm syAfie




4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

antara mahu dan malu

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya diangkat maka yang lainpun akan terangkat.”

HIKMAH YANG HILANG
Melihat perkembangan kurang sihat ini, saya sangat kecewa. Terlalu ramai di kalangan wanita Islam hari ini yang turut terkena tempias obses kepada kecantikan dan menyebarluas keindahan yang sewajarnya diperlihatkan hanya kepada yang halal.
Mereka menamakan tabarruj sebagai hijab dan menamakan maksiat sebagai ketaatan. Bukankah ini sangat tersasar? Kerana itu, saya membenar dan menegaskan komentar dari seorang lelaki di atas bahawa :
”Ini bukan hijab!”
Hakikatnya, semakin galak golongan muda belia ini mempertontonkan kecantikan, maka semakin sirnalah hikmah dan pesona kebaikan dari tujuan menutup aurat ( hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh syari’at yang mulia.
Antaranya :
1) Hijab itu adalah pesona kemuliaan ( ‘iffah ). Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat.
Inilah yang menjarakkan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita jahililiah kerana wanita jahiliah, tatkala keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih dari wanita yang lain. Pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak akan diganggu.” ( Surah Al-Ahzab ayat 59 )
Ingin juga saya kongsikan satu riwayat menginsafkan berkenaan muslimat mukminat di zaman Rasulullah SAW.
Dari Safiyah binti Syaibah, beliau berkata: “Ketika kami bersama Aisyah r.a, Aisyah berbicara : “Aku terkenang akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Lalu Aisyah melanjutkan : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi ALLAH, aku tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab ALLAH dan lebih meyakini ayat-ayat-NYA melebihi wanita-wanita Ansar. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” ( Surah An-Nur ayat 31 ), maka para suami bersegera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan oleh ALLAH kepada para muslimah. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak gadis, saudara perempuan dan kaum kerabat. Dan tidak ada seorangpun di antara wanita itu kecuali mereka semuanya segera berdiri mengambil kain tirai dan menutupi kepala dan wajah mereka, lantaran percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan ALLAH dalam kitab-NYA. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepala mereka terdapat burung gagak.”
2) Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka. Inilah manfaat yang boleh difahami dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” ( Surah Al-Ahzab ayat 53 )
3) Hijab itu adalah pesona akhlak. Muslimah yang baik dan bertaqwa adalah muslimah yang mendahulukan malu dari mahu untuk mempamer foto-fotonya yang indah itu. Tindakan ini bukan sekadar dapat menjaga imannya dari diganggu, malahan ia telah menyelamatkan iman para jejaka dari dirobek gejolak nafsu, juga iman para muslimah lainnya dari cemburu melulu.
Selanjutnya, bila keimanan masing-masing terpelihara, maka ketinggian akhlak juga akan turut terus melata.

SECARA ZAHIR
Untuk apa gadis-gadis muda remaja itu melakukan hal tersebut hanya mereka yang dapat menjawabnya. Pada saya, untuk menelah atau meneka-neka niat dan tujuan yang tersembunyi di dalam hati seseorang bukanlah sesuatu yang dituntut untuk dilakukan oleh mana-mana muslim/muslimah yang berusaha mencapai taqwa, lantaran Rasulullah SAW sendiri menetapkan sesuatu hukum berdasarkan apa yang didengar dan dilihat oleh zahir mata sahaja sebagaimana penegasan baginda menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith di atas jelas menunjukkan bagaimana sikap seorang hakim ( dalam Islam ) melaksanakan hukum, iaitu berdasar kepada info dan bukti zahir yang diberikan.
Demikian juga dalam masalah penyebaran gambar-gambar muslimah menutup aurat tetapi masih bersolek cantik dalam gaya yang kurang manis. Insafilah, bahawa dengan penonjolan dirinya itu, setiap lelaki yang melihat dengan syahwat akan memperoleh dosa.
Sedang di pihak si gadis jelita, dia bukan setakat mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan mempamerkan diri setiap hari.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

ANTARA MALU DAN MAHU
Sungguh pilu memikirkan betapa Rasulullah dan para sahabat dahulunya bermandi keringat dan darah demi mempertahankan maruah Islam termasuk adanya peperangan akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya.
Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran.
Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti tuba yang akan mematikan hati manusia.
Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?
Kutinggalkan kalian dengan barisan kata-kataku yang lahir dari lubuk hati ini :
“ Menatap foto-foto indah mu, terbit persoalan dihatiku: Sudah semakin pudarkah kecemburuan seorang suami terhadap isteri, telah sirnakah kecemburuan ibu bapa terhadap anak dan telah hilangkah kepedulian sahabat dan teman? Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”

Khamis, 24 Februari 2011

10 perempuan yang masuk neraka

1)              Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah,  insyaallah kita akan bincang pada babnya .
2)       Perempuan yang digantung dengan lidah  dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?
3)      Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..
4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)
5)        Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .
6)        Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu  mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang  yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan  (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .
7)       Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .
8)       Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)
9)       Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !
10)     Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )
* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri 
Add caption

fadhilat membaca basmalah....


Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“Tiada seorang bambapun mengucapkan ‘BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM” kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan.”
KHASIAT BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Basmallah sebuah kalimat yang tidak asing bagi seorang muslim. Basmallah diucapkan ketika akan memulai setiap perkara yang bermanfaat. Rasulullah bersabda, “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.”
Syekh Muhd.Abdul berkata didalam tafsirnya : “Al-Qur’an itu Imam dan ikutan kita,karena itu Al-Qur’an dimulai dengan kalimat ini,yaitu dengan Bismillah.Itu satu petunjuk bagi kita agar sekalian perbuatan kita dimulai dengan membaca Bismillah.”
Dzikir kalimat basmalah ini mengandung keutamaan, diantaranya sebagai berikut:
Dilindungi Allah dari gangguan Jin dan Setan
Dan sabda Rasulullah: “Penghalang antara mata jin dan aurat Bani Adam, apabila salah seorang dari mereka melepas pakaiannya, ialah dengan membaca Bismillah.”
“Apabila seorang masuk ke rumahnya dan mengingat Allah (berdzikir) ketika masuknya dan ketika makan, maka setan berkata: “Tidak ada tempat istirahat dan makan malam untuk kalian.” Dan apabila ia masuk dan tidak mengingat Allah ketika masuk, maka setan berkata: “Kalian telah mendapatkan tempat istirahat.” Dan apabila ia tidak mengingat Allah ketika makan, maka ia berkata:”Kalian mendapatkan tempat istirahat dan makan malam”
Dilindungi Allah dari gangguan orang yang bermaksud jahat
Ketika Khalid bin Walid tertimpa kebimbangan, mereka berkata kepadanya, “Berhati-hatilah dengan racun, jangan sampai orang asing memberikan minum padamu,” maka ia berkata, “berikanlah kepadaku,” dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca: “Bismillah,” lalu ia meminumnya. Maka sedikitpun tidak memberikan bahaya kepadanya.
Hadist tersebut diatas memperjelas betapa pentingnya mengucapkan basmallah ketika akan memulai suatu pekerjaan sehari-hari yang bersifat positif