CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Jumaat, 29 April 2011

I.L.M.U

Tidak dinafikan bahawa hidup kita memerlukan kepada ilmu,walaupun ramai yang kata tidak suka meluangkan masa ke majlis ilmu atau ke mana sahaja yang terdapat majlis ilmu.Rasa boring,mengantuk dan sebagainya apabila berada di majlis ilmu.Ya,tidak dinafikan perasaan itu akan hadir bila mana kaki melangkah ke majlis ilmu.Tapi sedarkah kita bahawa syaitan sentiasa mencari peluang agar kita tewas dengan desakannya agar tidak menghadiri majlis2 sebegini.Sedangkan malaikat pun melabuhkan sayapnya dan mendoakan bagi golongan yang penuntut ilmu.Mari sama2 kita hayati sabda rasulullah sollallahualaihiwassalam:-


من سلك طريقا طلب العلم، سهل الله له طريقا إلى الجنة 
maksudnya: sesiapa yang menuju ke jalan semata-mata untuk menuntut ilmu,maka Allah permudahkan baginya jalan menuju ke syurga..


subhanaAllah.Janji rasulullah sollallualaihiwassalm kepada penuntut ilmu.Marilah kita sama-sama rebut pahala menghadirikan diri dalam majlis ilmu.Ringan-ringankan tubuh dalam menghadiri majlis ilmu.InsyaAllah moga kita tergolong dalam golongan yang dijanjikan rasulullah.Amin ya Allah.

Penguasaan kepada ilmu tidak ragu lagi perlu kepada pengorbanan.Ada sedikit kata-kata daripada kitab Al-Hikam bahawa 1 benih tidak akan berkembang melainkan kita perlu dulu kepada usaha menggali dan menanam benih berkenaan sebelum menuai hasilnya.

Antara cara untuk menguasai ilmu adalah dengan menfokuskan hati kepada ilmu.Bagaimana?Ilmu adalah cahaya,maka cahaya tidak akan bercampur atau bergabung dengan maksiat.Maksiat adalah palitan hitam yang terkesan di dalam hati insan yang bermaksiat dan berdosa kepada Penciptanya.Bersihkan dulu hati dari noda yang menyelubungi hati supaya nanti ilmu mudah meresap dan terkesan ke dalam sanubari.Lakukan solat taubat setiap hari dan istighfar.Hati yang sentiasa hidup adalah hati yang sentiasa mengingati Allah.

Apakah kayu ukur bagi kecemerlangan seseorang?adakah kejayaan di dalam pelajaran?kecantikan?kekayaan?pangkat di dalam sesuatu institusi atau apa?Ketika kita mencari jawapan yang paling tepat bagi persoalan ini,apa kata kita renungi dan hayati firman Allah ini:-

إن أكرمكم عند الله أتقاكم
sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang paling bertakwa.

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada wajah dan harta kamu,tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu."القلوب" pada Imam Nawawi adalah satu anggota yang sangat berkaitan dengan nilai ketakwaan.Jadi,sama2lah kita menjaga hati kerana di situlah tempat yang dinilai di sisi Allah.Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita setiap masa dan mengetahui segala isi hati kita.Bertaqwalah kepada,nescaya Allah akan memberkati kita.Keberkatan bermula dengan nilai taqwa itu sendiri.(^_^)

Sedikit perkongsian sebagai ingatan buat diri ini yang selalu leka dan lalai..





0 ulasan: