CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Halaman

Jumaat, 15 April 2011

cinta Allah dan rasulNya

       Ujian mematangkan kita.Hari ini terdetik rasa di hati ingin mencoretkan sepatah dua kata sebagai ingatan ikhlas dari insan yang lemah.Tanpa kita sedari,dah berapa tahun kita menghirup udara segar di bumi Allah ini,menikmati rezeki yang melimpah ruah di samping nikmat hidup dalam negara yang aman dan damai seperti di Malaysia ini.tapi sedarkah kita siapa yang layak kita cintai di dalam hidup ini?siapakah yang berhak memiliki cinta kita yang telah menganugerahkan nikmat hidup yang tidak terhingga ini?Pasti jawapannya adalah Allah.
         Tapi apakah bukti cinta kita kepada Allah?adakah kita sudah mencintai kekasihNya?yang sememangnya jika mencintai rasulullah,nescaya kita juga akan mendapat cinta Allah.tapi,sedarkah bagi kalian yang sedang meningkat remaja,cinta insan yang berlainan jantina lebih diutamakan,sehinggakan hati tidak lagi merasai nikmat mencintai Allah dan rasulullah sollahualaihiwassalam.Diri sudah dipengaruhi rasa cinta kepada insan yang bergelar 'kekasih hati'.Bila dilanda perasaan itu,segala perasaan sayang dan kasih hanya membuncah untuk si dia.'sms',telefon,topup semua dihabiskan kepada si dia.Segala nasihat ibubapa tidak lagi diendahkan demi cinta yang 'sejati' ini.
        Tanpa disedari,diri juga semakin jauh dari Allah.Solat tidak lagi khusyuk sebagaimana sebelum menemui cinta manusia,time solat pun masih teringatkan si dia.Rabbi salimna.Inikan pula ingin menunaikan solat malam,banyak masa dihabiskan untuk melayan karenah si dia di dalam "yahoo massenger","sms" dan sebagainya.Ingatan kepada Allah dan rasul semakin hari semakin dilupakan.Hati makin lalai dan tidak lagi merasai kenikmatan saat berzikir kepada Allah.Walaupun bercinta tapi zikir tidak ditinggalkan,tapi adakah nikmat zikir mengingati Allah bagi orang yang hatinya suci dari maksiat sama dengan zikir orang yang hatinya diselaputi noda hitam lantaran kifarah dosa yang dilakukan?Tentunya tidak sama bukan.Sehinggalah apabila hubungan bersama pasangan menemui masalah,barulah diri mula mengingati Allah.Sungguh,tarbiah Allah amat mendidik,insan akan mengingati penciptanya saat menemui kebuntuan dalam hidup.
        Saat itu barulah diri merasa berdosa dan betapa hinanya diri kerana melupakan Allah dan rasulNya.Ingatlah,sesungguhnya hati yang mengingati Allah adalah tenang.Nikmat cinta kepada selainNya tidak kekal.Kita hanya merasai kenikmatan bercinta dengan manusia yang bukan mahram seketika sahaja,tapi sedarkah kita bahawa hati kita juga tidak tenang,hati sentiasa gelisah tetapi kita tidak tahu mengapa.Muhasabahlah diri,bahawa agama adalah fitrah.Sudah semestinya fitrah manusia ingin kembali kepada agama kerana di situlah adanya ketenangan yang hakiki.Bertaubatlah bagi yang sedang merasai kenikmatan cinta selainNya dan rasulullah.
         renungilah bahawa Allah tidak pernah sekali pun meninggalkan kita,walaupun kita bermaksiat kepadaNya di bumi ini,rezeki dariNya tidak pernah putus,udara masih lagi dapat kita hirup,dapat lagi mersai kenikmatan pancaindera.Tapi,andai sekiranya kita mati dalam keadaan sedemikian,bagaimanakah?sanggupkah kita?bagaimanakha jawapan kita kepada Allah kelak?sanggupkah kita meminta syafaat rasululllah di akhirat kelak sedangkan selawat kepada baginda pun kita jarang.Sanggupkah?
        Ambil masa,koreksi diri,Sesungguhnya cinta Allah dan rasulullah cinta yang kekal abadi.Beristighfarlah di atas dosa yang telah kita lakukan..

توبوا إلى الله توبة نصوحا

0 ulasan: